Pemandu lori terlelap akibatkan 27 babi jadi korban
Tindakan seorang pemandu di Thailand yang terlelap ketika memandu sebuah lori membawa babi menyebabkan kenderaan itu terbabas lalu membunuh 27 ekor haiwan tersebut, lapor laman berita Thaiger semalam.
Pegawai di Balai Polis Nang Buat dimaklumkan bahawa sebuah lori membawa babi terbabas ke dalam terusan di Jalan Raya Chainat – Suphan Buri di mukim Khao Phra, daerah Derm Bang Nang Buat. Anggota pihak berkuasa dan penyelamat kemudian bergegas ke tempat kejadian.
Setibanya di tempat kejadian di hadapan Pertubuhan Pentadbiran Daerah Khao Phra, polis menemui sebuah lori 10 roda terbabas ke dalam terusan. Lori itu membawa lebih 100 ekor babi dan kebanyakannya mati, lapor laman berita KhaoSod
Petugas penyelamat dan penduduk tempatan bekerjasama selama hampir satu jam bagi mengangkat semua haiwan yang masih hidup untuk keluar dari trak yang terbalik itu.
Pemandu lori berusia 44 tahun itu, Thanapon Premthong berkata, ketika melalui jalan selekoh, dia mula terlelap dan hilang kawalan ke atas lorinya. Sejurus tersedar, Thanapon berasa terkejut sebelum bangun dan cuba mengawal kenderaannya itu tetapi ia terbabas ke sebuah terusan.
Pemandu itu berkata, sebanyak 27 ekor babi maut dalam kemalangan itu tetapi dia, anak lelaki dan saudara perempuannya tidak mengalami kecederaan. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Noor Hisham bersara wajib
- Sivakumar disoal siasat SPRM kali kedua
- View Chin belum selamat, Ah Moi akan ambil tindakan undang-undang
- Uqasha pasang bodyguard jaga keselamatan
- Puteri Sarah tampil trend baru, pakai baju putih untuk proses cerai
- Seorang Lagi Bekas Staf View Chin Dedah Perangai Buruk Mira
- Ini sebab mengapa Angkatan Tentera Malaysia jadi sebutan di Turkiye
- Luahan hati View Chin
- Batik Air tuntut AirAsia Super App padam produk dijual dalam aplikasi
- Lebih lebih 5 jam kena sidai di Lebuhraya Karak, rupanya ini sebenar yang berlaku
- Mangsa bunuh sempat hantar mesej beritahu dalam bahaya
- Pasu pecah hanya ‘prank’, Aliff Syukri terus dikecam
- Mentua setuju tuntutan saya – Puteri Sarah
- Puteri Sarah Dedah Jumlah Mutaah & Nafkah Anak Tidak Cecah Jutaan Ringgit pun Syamsul Minta Diskaun
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kalau saya dedah video tak senonoh tak nusyuz ke – Puteri Sarah