Tan Sri Shafee Abdullah balun Badan Peguam di forum awam

KUALA LUMPUR: Peguam Najib Razak “menyerang” Badan Peguam berhubung kes SRC International dihadapi bekas perdana menteri.

Shafee Abdullah berkata, beliau “pelik” apabila Badan Peguam menganggap badan kehakiman tidak kental menahan kritikan.

“Sudah tentu anda mesti membenarkan badan kehakiman menjadi lebih kental dan perlu berdepan kritikan dalam ruang lingkup betul dan tidak menghina mahkamah,” katanya pada forum anjuran Badan Peguam.



Bercakap semasa sesi soal jawab, Shafee mengemukakan beberapa siri soalan kepada ahli panel berhubung dakwaan hakim Mahkamah Rayuan Nazlan Ghazali yang didakwa mempunyai konflik berkepentingan ketika mempengerusikan kes SRC Najib di Mahkamah Tinggi.

Shafee berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya mengikut prosedur apabila menyiasat Nazlan.

“Mereka (SPRM) mengambil inisiatif melaporkan kepada ketua hakim negara, seperti diperuntukkan undang-undang. Terpulang kepada ketua hakim negara untuk mengambil dan membuangnya ke dalam tong sampah atau bertindak ke atasnya,” katanya pada forum bertajuk “Public Forum on MACC, the Ex-PM and the Independence of the Judiciary”.

Pada 23 Feb, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said mendedahkan laporan SPRM berhubung siasatannya terhadap Nazlan telah diserahkan kepada Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat.



Dalam surat kepada peguamcara Najib, Shafee & Co, pada 6 Apr, Azalina mengesahkan siasatan SPRM terhadap Nazlan menyimpulkan beliau telah melanggar Kod Etika Hakim dan mempunyai konflik berkepentingan ketika mempengerusikan kes SRC International.

Beliau berkata, ia berdasarkan laporan bertarikh 20 Feb mengandungi penemuan SPRM yang dipanjangkan kepadanya, sambil menambah SPRM telah menemui “isu salah laku” Nazlan yang “perlu dipertimbangkan ketua hakim negara”.

Pada 24 Feb, panel tujuh anggota Mahkamah Persekutuan diketuai Tengku Maimun memutuskan SPRM tidak mengikut protokol semasa menjalankan siasatan ke atas Nazlan.

Mahkamah tertinggi itu berkata, badan penyiasat seperti SPRM mesti berunding dengan ketua hakim negara sebelum memulakan siasatan terhadap hakim. Kegagalannya berbuat demikian menunjukkan terdapat “kekurangan bona fide di pihak mereka”.



Menjawab kepada Shafee, peguam Haniff Khatri Abdulla mendakwa, terdapat pihak tertentu cuba mensensasikan dakwaan konflik berkepentingan Nazlan dalam kes SRC bertujuan menimbulkan wasangka terhadap keputusan mahkamah.

Beliau berkata, adalah penting untuk menghalang ahli politik dan mana-mana pihak lain daripada mensensasikan kes mahkamah.

Ahli panel forum lain termasuk Presiden Majlis Peguam Karen Cheah, pengerusi bersama Jawatankuasa Undang-Undang Perlembagaan Majlis Peguam Andrew Khoo dan sarjana undang-undang Shad Saleem Faruqi.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah tunjuk bukti mesej Syamsul



Kalau saya dedah video tak senonoh tak nusyuz ke – Puteri Sarah

Sarah tukar perjanjian, minta amaun melampau – Syamsul

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker