Kanak-kanak autisme hilang dari rumah

Kanak-kanak autisme hilang dari rumah

KUCHING: Kanak-kanak autisme berusia tujuh tahun dipercayai hilang di Kampung Bunga Rampai, Jalan Batu Kitang di sini, semalam.

Difahamkan Andrine Johnnes ak Anne yang selama ini tidak dibenarkan keluar dari rumah mungkin keluar melalui pintu belakang yang menghadap kawasan hutan berdekatan.



Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 9.13 malam dengan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Bau.

“Berdasarkan maklumat ahli keluarga, mangsa disedari tiada serta hilang di rumah pada jam 2.30 petang.

“Terdapat saksi mengatakan ada melihat kanak kanak ini dengan kali terakhir dilihat memakai baju merah dan masih mengunakan lampin tanpa berkasut serta tanpa selipar,” katanya dalam kenyataan semalam.

Katanya, keluarga mangsa dan penduduk kampung keluar berusaha mencari mangsa sekitar dua kilometer dari tempat kejadian, namun masih gagal menjumpai sebarang petunjuk atau jejak mangsa.



“Pihak bomba bersama polis mendapatkan maklumat keterangan mangsa yang dilaporkan hilang.

“Pencarian awal dilakukan di sekitar kawasan belakang rumah namun tiada dijumpai petunjuk mangsa,” ujarnya.

Katanya, perbincangan bersama pihak bomba serta pihak polis dan keluarga mangsa dibuat, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditangguhkan.

Operasi SAR ditangguhkan pada jam 10.40 malam dan akan disambung hari ini. BH



Kanak-kanak autisme hilang dari rumah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kaya Gila Suami Nynaa Harizal (Video)



Farid pujuk, Diana reject

Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker