Saman serangan seksual terhadap Anwar masih berjalan – Yusoff Rawther

Saman serangan seksual terhadap Anwar masih berjalan – Yusoff Rawther

Bekas pembantu penyelidik kepada Anwar Ibrahim berkata dia berhasrat membuktikan dakwaan salah laku seksual presiden PKR itu terhadapnya.

“Saya tabah dalam mencari keadilan dan membuktikan kebenaran,” kata Yusoff Rawther.



Dia mendakwa, ada tanggapan bahawa saman terhadap Anwar ditarik balik susulan keputusan Mahkamah Rayuan, baru-baru ini, dalam perkara interlokutori.

“Malah, ahli keluarga menghubungi saya, dan saya kena menjelaskan kedudukan perundangan berikutan laporan media,” katanya kepada FMT.

Minggu lalu, Yusoff menarik balik rayuan berhubung penolakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan pernyataan pembelaan difailkan Anwar dalam saman salah laku seksual itu.

Dia juga menarik balik rayuan kedua untuk membatalkan beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan Anwar.



Yusoff memfailkan saman terhadap Anwar pada 2021, mendawa diserang secara seksual di kediaman Anwar di Segambut, pada 2 Okt 2018.

Akibat kejadian itu, beliau mendakwa dirinya dituduh merancang untuk menggulingkan Anwar dan merosakkan kerjaya politiknya, serta ini menjejaskan kesihatan mentalnya.

Pada 1 Dis 2021, Yusoff memfailkan permohonan membatalkan beberapa perenggan dalam pembelaan Anwar yang didakwa tidak relevan dengan saman itu.

Dia juga berkata, tuntutan balas Anwar bersifat spekulatif, kabur, serta tidak mempunyai kejelasan dan butiran.



Pada 9 Sept tahun lalu, Pesuruhjaya Kehakiman Johan Lee di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, berkata permohonan Yusoff dibuat tanpa berdasarkan merit. Lee memutuskan saman itu perlu diadakan secara bicara penuh.

Dalam pada itu, dalam pengurusan kes semalam, Pembantu Pendaftar Mahkamah Tinggi Syalia Ain Zainudin, memberi arahan kepada pihak terlibat memfailkan semua dokumen pra-perbicaraan.

Beliau menetapkan pengurusan kes saman, pada 9 Ogos.

Tarikh bicara dijangka ditetapkan selepas semua pihak mematuhi arahan para-perbicaraan. FMT



Saman serangan seksual terhadap Anwar masih berjalan – Yusoff Rawther

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kaya Gila Suami Nynaa Harizal (Video)



Farid pujuk, Diana reject

Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker