Setiausaha sulit Sivakumar pula ditahan SPRM

Setiausaha sulit Sivakumar pula ditahan SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai kanan Menteri Sumber Manusia V Sivakumar.

Kali ini tangkapan berkenaan dibuat ke atas setiausaha sulit menteri terbabit.



Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan tangkapan itu sebentar tadi.

“Ya, seorang pegawai ditahan dan direman tapi saya tak pasti (buat masa ini) berapa hari,” katanya.

Azam bagaimanapun tidak memberitahu berapa lama suspek terbabit direman.

Penahanan terbaru hari ini menjadikan sudah ada dua pegawai kanan ahli parlimen Batu Gajah itu disiasat agensi penguat kuasa berkenaan.



Semalam SPRM menahan seorang pegawai kanan Sivakumar, selain seorang ahli peniaga dari Ipoh berkaitan dengan dakwaan rasuah yang melibatkan sebuah agensi pengambilan pekerja asing.

Difahamkan siasatan SPRM bertumpu kepada individu lain dalam kementerian dan agensi berkaitannya.

Sivakumar kemudian berkata dia tidak dapat memberikan sebarang komen lanjut kerana kes berkenaan sedang disiasat.

“Saya dan Kementerian Sumber Manusia akan memberi kerjasama penuh kepada agensi siasatan sekiranya diperlukan,” katanya



Difahamkan, siasatan itu melibatkan kes rasuah bernilai RM97 juta. Mk

Setiausaha sulit Sivakumar pula ditahan SPRM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kaya Gila Suami Nynaa Harizal (Video)

Farid pujuk, Diana reject



Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker