Lee Kim Yew diisytihar bankrap

Lee Kim Yew diisytihar bankrap

Ahli perniagaan terkenal Lee Kim Yew diisytiharkan bankrap oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Semakan FMT di laman sesawang e-insolvensi, mendapati pengasas Country Heights Holdings Bhd (CHHB) diisytiharkan muflis pada 26 Jan lalu.

Pada 3 Feb lalu, Lee mengumumkan beliau akan meletak jawatan sebagai pengerusi eksekutif CHHB bagi memberi laluan kepada perubahan pengurusan untuk proses transformasi kumpulan.

CHHB terkenal sebagai pemaju beberapa mercu tanda negara seperti MSC Cyberjaya, Hotel Palace of Golden Horses dan Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa The Mines.

Lee juga adalah saksi pendakwaan dalam kes perbicaraan rasuah Yayasan Akalbudi membabitkan Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi.

Jutawan hartanah itu menjadi tumpuan ketika pilihan raya Johor pada 2022 apabila beliau berkempen untuk bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad dengan menyeru masyarakat China mengundi Pejuang.

Anak perempuannya, Dian menyertai Muda pada Dis 2021 dan beliau kini ahli jawatankuasa eksekutif pusat parti itu. FMT

Lee Kim Yew diisytihar bankrap

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saman Tetap Saman – Puteri Sarah

Kamu hancurkan sebuah masjid – Ibu Syamsul

Mak mentua yang dihalau muncul semula – Farid Kamil

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker