Ibu dalam pantang maut kesan tikaman di leher di Bachok

 

BACHOK – Seorang ibu yang sedang dalam tempoh berpantang ditemui mati dengan kesan tikaman pada leher di dalam sebuah bilik di rumahnya di Kampung Beris Panchor di sini petang tadi.

Kejadian disedari adik bongsu wanita itu, Wan Muhamad Nasri Wan Mahadi, 23, kira-kira pukul 6 petang selepas mendapati kakaknya yang berusia 35 tahun mengunci pintu bilik dari dalam.

Wan Muhamad Nasri berkata, dia terus mengambil tangga untuk melihat kakaknya di dalam bilik itu sebelum terkejut apabila ternampak wanita tersebut sudah berada dalam keadaan berlumuran darah.

Menurutnya, dia tidak berfikir panjang apabila terus memecahkan pintu bilik berkenaan sebelum melihat sebilah pisau terpacak pada lehernya.

“Ketika itu, ibu saya sedang mendukung anak kakak yang baru berusia 36 hari. Kami berdua terkejut apabila melihat keadaan kakak yang sudah berlumuran darah,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian sebentar tadi.

Sementara itu, ibu mangsa, Zuraizah Mat, 58, berkata, dia sempat melihat mangsa mengambil pisau di dapur dan masuk ke dalam biliknya.

Menurutnya, sebelum kejadian, arwah dikatakan sedang berbual dengan suaminya yang bertugas di Kedah menerusi panggilan telefon.

“Selepas bercakap dengan suami, dia tiba-tiba senyap. Saya hairan dengan situasi itu sebelum meminta Wan Muhamad Nasri memeriksa keadaan kakaknya.

“Selepas pintu bilik dipecah, saya terus mencabut pisau sepanjang 16 sentimeter yang berada di lehernya sebelum menghubungi Klinik Kesihatan Beris di sini. Kebetulan pula, kereta peronda polis lalu di hadapan rumah ketika itu,” katanya.

Katanya, arwah tidak mengalami sebarang masalah kesihatan selepas bersalin malah sempat membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian pagi tadi.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin ketika ditemui di lokasi kejadian mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk proses bedah siasat

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saman Tetap Saman – Puteri Sarah

Kamu hancurkan sebuah masjid – Ibu Syamsul

Mak mentua yang dihalau muncul semula – Farid Kamil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker