Ular sawa 40 kg masuk rumah kejut sahur

Ular sawa 40 kg masuk rumah kejut sahur

KOTA BHARU – Sebuah keluarga yang tinggal di Jalan Hospital di sini terkejut apabila menyedari seekor ular sawa batik seberat 40 kilogram (kg) berada di ruang dapur rumah ketika mereka bangun sahur pagi tadi.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Bharu berkata, kejadian disedari seorang penghuni rumah terbabit semasa pergi ke bahagian dapur rumah kira-kira pukul 5 pagi.



“Terkejut dengan situasi itu, salah seorang ahli keluarga itu terus menghubungi talian kecemasan.

“Empat anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati ular sepanjang tiga meter berada di kawasan luar bahagian dapur,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurutnya, haiwan reptilia itu kemudiannya berjaya ditangkap kira-kira lima minit kemudian dan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan
selanjutnya. K Online

Ular sawa 40 kg masuk rumah kejut sahur



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak



Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker