Suntikan vaksin ‘Covid-19’, lebih tiga juta sudah mendaftar

KUALA LUMPUR: Lebih tiga juta individu sudah mendaftar dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) melalui aplikasi MySejahtera setakat petang tadi.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) dalam Twitternya memaklumkan, seramai 3,224,641 individu sudah mendaftar untuk menerima vaksin COVID-19 itu sehingga jam 3 petang.

Sehingga semalam, seramai 127,608 individu, majoritinya membabitkan petugas barisan hadapan sudah menerima vaksin bagi fasa pertama pelalian di seluruh negara.



Berikut Adalah Cara-Cara Untuk Mendaftar V4ksin COV1D-19 Dengan Kemas Kini Terkini MySejahtera

Berdasarkan jumlah itu, Sarawak merekodkan penerima tertinggi dengan 18,034 individu, disusuli Pahang (13,830), Selangor (11,982), Kelantan (11,680), Kuala Lumpur (11,266), Johor dan Sabah, masing-masing (9,515), Kedah (5,414) serta Pulau Pinang (5,172).

Selain melalui MySejahtera, orang ramai turut boleh mendaftar untuk menerima vaksin COVID-19 melalui laman web JKJAV di www.vaksincovid.gov.my atau menghubungi Talian Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan di 1800-888-828.



Program itu dilancarkan pada 24 Februari lalu, dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama di Malaysia mendapat suntikan imunisasi berkenaan.

55 ribu guru disuntik vaksin sebelum sekolah dibuka



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker