Suami isteri maut, 2 anak cedera kemalangan

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri maut, manakala dua anak mereka cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis PERODUA Bezza dan van di Jalan Saujana Impian, Kajang, dekat sini petang tadi.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 4 petang itu, kedua-dua mangsa berusia 42 dan 40 tahun disahkan maut di tempat kejadian selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan van dari arah bertentangan yang hilang kawalan sebelum merempuh penghadang jalan dan memasuki laluan mereka.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata pemandu van bagaimanapun tidak mengalami kecederaan, manakala kedua-dua anak mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan lanjut.



Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Van keselamatan bawa wang tunai terlibat kemalangan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker