Tular tarikh 1 Syawal, ini penjelasan JAKIM

Tular tarikh 1 Syawal, ini penjelasan JAKIM

Semua pihak termasuk pengurusan masjid dan surau, disaran sentiasa membuat semakan ketepatan tarikh hijrah yang terdapat pada jam digital azan, agar sentiasa selari dengan kalendar hijrah yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) atau pihak berkuasa agama negeri dan disahkan Panel Pakar Falak.

JAKIM dalam kenyataan hari ini menyatakan pihaknya mengambil maklum tentang penularan satu tangkap layar yang memaparkan “Pemberitahuan Akhir Ramadan 1444H 20 April 2023” yang dipercayai disiarkan menerusi sebuah paparan iklan di sebuah masjid.



Menurut kenyataan JAKIM itu paparan berkenaan, telah menimbulkan spekulasi dalam kalangan warga maya mengenai tarikh Aidilfitri tahun ini.

“JAKIM ingin memaklumkan bahawa pengisytiharan tarikh 1 Syawal pada setiap tahun bagi Malaysia dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, melalui media utama sejurus menerima laporan hasil cerapan anak bulan yang dibuat di 29 lokasi cerapan rasmi, setelah mendapat mandat Yang di-Pertuan Agong yang mewakili Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja,” menurut kenyataan itu.

Cerapan Hilal Syawal bagi tahun ini pada petang Khamis, 29 Ramadan 1444H bersamaan 20 April ini.

JAKIM turut meminta semua pihak untuk menghormati ketetapan yang dibuat oleh Majlis Raja-raja mengenai perkara itu dan tidak membuat sebarang andaian mengenai tarikh Aidilfitri tahun ini. BH



Tular tarikh 1 Syawal, ini penjelasan JAKIM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kantoi Curang, Da’i Pukul & Maki Kekasih (Video)



Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz

Musa kena betulkan dirinya dulu – Elly Afizahwati



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker