Anggota FRU didakwa rompak gelang emas peniaga

Anggota FRU didakwa rompak gelang emas peniaga

KUALA TERENGGANU: Seorang anggota polis Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan melakukan rompakan gelang emas milik seorang peniaga kedai runcit minggu lalu.

Khuzairi Shaari, 43, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mengikut pertuduhan, Khuzairi yang berpangkat Lans Koperal didakwa melakukan perbuatan itu di tepi jalan Kampung Tok Bintang, Kuala Berang dekat Hulu Terengganu antara 9.45 malam hingga 10.30 malam 23 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan (Akta 592) yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 2 Okt ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, selain mengenakan syarat tambahan melaporkan diri di balai polis terdekat setiap satu hari bulan.

Anggota FRU didakwa rompak gelang emas peniaga

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar

Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker