Ku Li dakwa UMNO kecewa dengan kabinet baharu

Ku Li dakwa UMNO kecewa dengan kabinet baharu

Umno pasti kecewa susulan pengumuman senarai pelantikan barisan Kabinet oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, dakwa ahli veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata beliau ditanya mengenai reaksi kepada Kabinet yang diumumkan pagi tadi itu.



“Saya telah memberikan ulasan bahawa tak dapat nak duga selain daripada mereka yang telah dipilih kerana inilah sahaja pilihan yang ada.

“Sudah tentu Umno kecewa dengan barisan Kabinet terbaharu ini. Mari kita berdoa agar gaji mereka ini dibayar sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah yang dibayar kepada mereka di bawah Muhyiddin (Yassin),” katanya dalam kenyataan ringkas.

Tengku Razaleigh mengeluarkan kenyataan itu bagi memenuhi permintaan ramai orang yang mahu beliau memberi reaksi kepada pengumuman Kabinet di bawah pentadbiran Ismail, hari ini.

Terdahulu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Johari Ghani, berharap Perdana Menteri menubuhkan Kabinet bipartisan, sambil melabelkan barisan yang diumumkan sebagai ‘tidak berinspirasi’.



Sementara itu, bekas perdana menteri Najib Razak pula merujuk bahawa ramai pihak kecewa dengan pengumuman barisan Kabinet dan mendesak Ismail menggugurkan menteri yang tidak menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam tempoh 100 hari.

Dalam pada itu, blok pembangkang dan orang awam juga menghentam barisan Kabinet baharu dengan kebanyakan mengkritik pelantikan semula menteri yang berkhidmat dalam pentadbiran Muhyiddin Yassin, yang disifatkan membawa kegagalan.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mendakwa Kabinet diumumkan bersifat ‘kitar semula’ kerana dibarisi nama yang gagal menunjukkan prestasi baik sepanjang 17 bulan berada di bawah Muhyiddin, menerusi pelantikan semula.

Warganet dalam sosial media tidak melihat sebarang perbezaan dalam barisan Kabinet Ismail kerana mengekalkan sejumlah besar menteri dalam barisan Kabinet kerajaan terdahulu. FMT



Ku Li dakwa UMNO kecewa dengan kabinet baharu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ cari penyanyi lagu saduran Azman Naim



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker