Lagu Malique terbaru ada sedutan lagu Mona Fandey?

Lagu Malique terbaru ada sedutan lagu Mona Fandey?

SEORANG pengguna Twitter mendedahkan sebuah lagu yang dipercayai single terbaharu penyanyi rap terkenal Malique berjudul Sedih Hati sudah pun dilancarkan.

Namun apa yang menjadi perhatian adalah lagu itu telah disuntik menggunakan lagu nyanyian seorang yang pernah menggegarkan Malaysia dengan kes pembunuhan ngeri iaitu Mona Fandey.



Pengguna twitter yang bernama @Arifism itu juga mendakwa vibe atau mood lagu itu amat berbeza, lebih-lebih lagi apabila terbaca komen pengguna laman sosial yang mengesahkan permulaan lagu itu adalah lagu Ratapan Anak nyanyian asal Mona Fandey.

“Baru tahu Malique ada keluar new single – Sedih Hati.

“Lain macam ya bila dengar vibe lagu ni.

“Bila baca komen ada yang cakap intro tu lagu Ratapan Anak – Mona Fandey



“Fuhhh bukan biasa-biasa,” ciapnya.

Tambahnya lagi Mona Fandey memang seorang penyanyi sebelum menjadi pengamal perubatan atau dukun.

“Mungkin ramai tidak tahu, Mona Fendy pernah menjadi penyanyi sebelum menjadi pengamal perubatan.

“Pernah menggemparkan negara suatu ketika dahulu, Mona Fendy menjadi bualan mengenai kes pembunuhan yang membawa hukuman gantung sampai mati.



“Ini adalah persembahan Ratapan Anak,” katanya.

Ciapannya itu dikongsi bersama lagu yang dimaksudkan serta mendapat respons ramai dari pengguna laman sosial berkenaan.

“Ada vibes meremang bila 1st time dengar,” respon seorang pengguna twitter.

“Malique ni kira macam Eminem versi Malaysia laa,” puji seorang pengguna laman sosial berkenaan.



“Malique punya lyrics semua padu. Ini kalau comeback, confirm gempaks teruks,” komen seorang netizen. Gempak

Lagu Malique terbaru ada sedutan lagu Mona Fandey?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sakan berpeluk, Yasmin Hani dan Alif Hadi disaran kahwin cepat

Alif Satar tidur tepi jalan, tak mandi dua malam di Muzdalifah



Ajai bergelek atas pentas bersama Elly dan Rina Nose (Video)

Fouziah Gous bengang rakan artis liat bayar hutangnya (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker