Roy lega ibu jari kaki tak perlu dipotong

Roy lega ibu jari kaki tak perlu dipotong

Kebimbangan penyanyi lagu Kau Ratnaku, Roy terhadap keadaan ibu jari kaki kanan yang mengalami jangkitan kuman berakhir apabila selamat menjalani pembedahan di sebuah klinik swasta di Kuala Lumpur pada 5 April lalu.

Lebih membuatkan Roy mampu menarik nafas lega apabila prosedur itu tidak memerlukan ibu jari kaki yang patah dan reput itu dipotong seperti yang disarankan doktor.

“Alhamdulillah, saya selamat menjalani pembedahan di sebuah klinik swasta kira-kira dua minggu lalu.

“Sebelum ini, setiap doktor yang ditemui menyarankan ibu jari kaki dipotong kerana jangkitan kuman sudah menyerang sehingga bahagian tulang disebabkan penyakit diabetis.

“Kalau boleh saya memang tak mahu ibu jari kaki dipotong. Saya memilih membuat pembedahan di klinik selepas membuat kaji selidik serta atas saranan beberapa pihak.

“Pembedahan mengambil masa sejam berjalan lancar dan doktor hanya membuang bahagian tulang yang dijangkiti kuman tanpa perlu memotongnya,” katanya kepada BH Online.

Sehubungan itu, Roy atau nama sebenarnya, Mohammed Rauzan Alwi , 60, menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang bermurah hati dan sudi menghulurkan sumbangan hingga pembedahan dapat dijalankan dengan segera.

“Saya terpaksa mengharapkan bantuan orang ramai, persatuan seni dan agensi berkaitan untuk membantu membiayai kos pembedahan ini.

“Alhamdulillah, dengan jumlah RM20,000 yang berjaya dikumpulkan, pembedahan dapat dijalankan.

“Namun, jumlah ini masih belum mencukupi kerana saya perlu mendapatkan rawatan susulan.

“Tiga hari sekali saya perlu ke klinik untuk cuci luka dan rawatan lain kos yang diperlukan kira-kira RM300,” ujar Roy.

Roy memaklumkan, dia ada memuat naik video ketika pembedahan dalam Facebook sebagai bukti supaya tidak ada pihak salah sangka.

“Kos pembedahan ini membabitkan wang orang ramai dan mereka kena tahu ke mana wang dibelanjakan.

“Bagi mengelakkan isu berbangkit, saya turut merakam video ketika prosedur dijalankan dan muat naik dalam Facebook,” jelasnya.

Berikutan keadaannya itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu patriotik itu terpaksa berehat daripada membuat aktiviti ‘busking’ yang selama ini menjadi punca rezekinya.

“Kalau ikutkan saya kena ‘busking’ kerana itulah punca rezeki saya dan menampung kos rawatan susulan.

“Buat masa ini, saya perlu berehat dan kena jaga pemakanan supaya luka segera sembuh.

“Saya akan kembali bekerja jika disarankan doktor dan bergantung juga kepada keadaan luka,” katanya. BH

Roy lega ibu jari kaki tak perlu dipotong

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Marah kawan dengan Bella, Muaz belikan ibu TV

“Hang yang bagitau abang hang aku pregnant bukan anak dia”

Kifarah Bella dapat laki buas – Ahli keluarga

Kek Lapis Baklava RM650 laku keras di Samarahan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker