Harimau Malaya bergaya tumbangkan Hong Kong 2-0 [VIDEO]

 

ISKANDAR PUTERI – Harimau Malaya mempamerkan belangnya setelah membenamkan Hong Kong 2-0 pada perlawanan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam tadi.

Kemenangan berturut-turut pada aksi persahabatan itu pastinya membantu skuad kebangsaan memperbaiki kedudukan dalam ‘ranking’ FIFA yang akan dikemas kini pada bulan depan.

Beraksi di hadapan 4,593 penonton, pasukan Hong Kong dilihat lebih menguasai permainan dari awal minit pertama dan hampir mengejutkan pasukan tuan rumah.

Pasukan kendalian Joern Andersen hampir mencalar ego Harimau Malaya pada minit kelima menerusi percubaan Das Nunez namun tandukan pemain pertahanan itu hanya sekadar singgah ke tiang gol skuad kebangsaan.

Selepas perlawanan melewati usia 10 minit, pasukan bimbingan Kim Pan Gon mula mendapat rentak dan memberi tekanan kepada pasukan Hong Kong menerusi gerakan

Hasilnya, skuad kebangsaan berjaya memecahkan kebuntuan pada minit ke-18 berpunca kesilapan pemain lawan yang melakukan hantaran ke belakang setelah diasak lawan.

Faisal Halim yang mendapat bola itu kemudiannya melorongkan hantaran kepada Akhyar Rashid yang tidak dikawal sebelum melepaskan rembatan deras dalam kotak penalti melepasi jangkauan penjaga gol, Yapp Hung Fai untuk meletakkan Malaysia di hadapan.

Akhyar hampir menambah jaringan dua minit berselang menerusi gerakan yang dilakukan di sayap kiri melepasi kawalan pertahanan namun rembatan lencongnya melepasi palang gol Hong Kong.

Salah faham antara pertahanan tengah hampir merugikan pasukan pada minit ke-35 setelah Poon Pui Hin berjaya menyelinap mencuri hantaran ke belakang itu dan melakukan larian ke kotak penalti namun rembatan penyerang Hong Kong mencari penjuru gawang kanan Malaysia sedikit tersasar.

Sebelum tamat babak pertama, Harimau Malaya menambah jaringan menerusi gol yang dihasilkan Faisal pada minit ke-40, sekali gus meletakkan noktah kemarau gol pada musim sejak berpindah ke Selangor FC.

Gol itu berpunca daripada serangan pantas oleh penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed melakukan hantaran jauh mencari Darren Lok lalu mengumpan bola kepada Faisal yang mudah melepasi kawalan pertahanan lawan sebelum meletakkan bola ke dalam gawang Hong Kong.

Bersambung babak kedua, Harimau Malaya terus buas memburu gol dan hampir menambah jaringan pada minit ke-53 menerusi percubaan Darren namun rembatan tidak menepati gawang lawan.

Faisal yang menjadi duri dalam daging buat pasukan lawan pada perlawanan itu terus mendatangkan resah buat anak buah Andersen menerusi aksi geleceknya di dalam kotak penalti, sayangnya rembatan pemain sayap Selangor itu tidak menepati sasaran pada minit ke-55.

Pan Gon menggunakan semua pertukaran yang dimiliki setelah melihat sukar buat pasukan lawan untuk mencipta kebangkitan pada perlawanan itu.

Pada minit akhir permainan, Hong Kong hampir merapatkan kedudukan menerusi percubaan pemain gantian, Wong Ho Chun, malangnya Ahmad Syihan berada di posisi yang tepat menafikan peluang tersebut.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini kata Ibu Syamsul kepada Puteri Sarah Liyana

Kazar Saisi akhirnya bersuara

Pulanglah, aku rindu – Farid Kamil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker