Liza Hanim buka mulut kerana tak tahan lagi

Liza Hanim buka mulut kerana tak tahan lagi

Kali pertama bersuara selepas sering menjadi mangsa ejekan tubuh atau ‘body shaming’, penyanyi Liza Hanim, 44, mempersoal motif individu yang melayangkan komen berhubung penampilan selebriti yang dianggap tidak cantik, secara keterlaluan hingga mengaibkan si empunya badan.

Tampil atas desakan perlu berkongsi pandangan atas perlakuan individu terbabit, Liza secara sinis bertanya semula apakah artis yang dikatakan berbakat tetapi tidak cantik, tidak layak diangkat sebagai pemenang di Malaysia atau di peringkat antarabangsa.



“Bukan sentap, bukan. Tapi saya perlu bangkitkan hal ini.

“Kenapa orang tak cantik memang tidak boleh menang apa-apa di Malaysia atau antarabangsa? ” katanya melalui hantaran Instagram (IG), hari ini.

Liza berkata, dia sedar dengan kekurangan diri tetapi bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah.

“Asalkan saya gembira bersama keluarga, tak kisahlah semua cantik, buruk ke, itu adalah lumrah setiap manusia.



“Allah kurniakan saya dengan bakat boleh menyanyi. Tetapi, saya tiada rupa paras yang semua mahukan putih, cantik, gebu dan mancung…. Saya tetap bersyukur,” tulisnya.

Liza yang popular dengan lagu Getaran Cinta Di Jiwa itu mempersoalkan motif pemilik akaun terbabit yang meninggalkan komen berkaitan wajahnya berkali-kali.

“Kadang-kadang, bahasa lagi penting daripada paras rupa tau… Saya tak goyang dengan cacian, kutukan dan kritikan sesiapa. Tetapi, budaya sekarang agak melampau,” katanya.

Hantaran Liza menarik perhatian rakan selebriti seperti penyanyi veteran, Salamiah Hassan dan Datuk Seri Siti Nurhaliza yang kesal dengan kelantangan netizen.



Siti melayangkan komen berbunyi:

“Tulisan itu jelas menunjukkan keperibadiannya yang tidak baik dan hati yang hitam. Jangan sentuh soal fizikal, sebab semua orang tidak sempurna… Kesal dengan kelantangan netizen yang kononnya pandai menilai tapi sebenarnya menyerlahkan lagi kebodohannya.

“My dear sis @lizahanim79, Teruskanlah perjuangan kerana setiap pengorbanan dan kesungguhan Allah SWT janjikan kejayaan. Inilah masanya.. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala-galanya buat mu, sis!” katanya. BH

Liza Hanim buka mulut kerana tak tahan lagi



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hot Seats Gegar Vaganza GV10 bukan 5 tapi 6, Liza Hanim, Zamani bersaing sengit



Musa Hassan kini suami Qistina

Kehadiran Andi hangatkan lagi hubungan dengan Puteri Sarah



Ramai nak ‘try’ Puteri Sarah – Yusof Haslam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker