Wanita simbah air panas ke arah lelaki sebelum lari ke Indonesia

Seorang wanita berusia 28 tahun didakwa hari ini kerana dia menyimbah seorang lelaki dengan air panas menyebabkan mangsa melecur, lapor portal berita Channel News Asia.

Menurut polis, wanita itu, Rahimah Nisva ditahan di atas feri yang dalam pelayaran dari Singapura ke Indonesia kelmarin selepas serangan tersebut berlaku.

Kira-kira pukul 7.30 pagi (waktu tempatan) pada Khamis lalu, polis dimaklumkan bahawa seorang lelaki berusia 24 tahun melecur terkena air panas berhampiran Jalan Balam.



Siasatan awal mendapati wanita itu didakwa menyimbah air panas ke atas lelaki itu dan melarikan diri dari tempat kejadian.

Mangsa melecur di leher dan bahu serta dalam keadaan sedar ketika dibawa ke hospital, kata polis.

Sebuah termos yang dipercayai digunakan dalam serangan itu ditemui dibuang berhampiran.

Polis berkata, Rahimah mengenali mangsa dan mengambil langkah untuk menyembunyikan identitinya, termasuk menutup muka semasa serangan dan menukar pakaiannya selepas itu.



Sejurus sebelum identitinya diketahui, suspek berlepas dari Singapura dari Singapore Cruise Centre menaiki feri menuju ke Indonesia.

Feri itu dipintas oleh Pengawal Pantai Polis sebelum ia meninggalkan perairan wilayah Singapura dan wanita itu ditahan kira-kira pukul 11.30 pagi (waktu tempatan) pada hari yang sama.

Jika didapati bersalah, dia berdepan hukuman penjara tujuh tahun, denda, atau mana-mana kombinasi hukuman. – Agensi

 



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid – Ahirine

Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah



Kalau bayar fidyah tak perlu ganti puasa ke?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker