Penyertaan KJ dalam PN beri kelebihan, adakah bakal dilantik sebagai MB Selangor?
KUALA LUMPUR – Penyertaan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam Perikatan Nasional (PN) diyakini mampu memberi kelebihan kepada gabungan parti itu untuk berdepan enam Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam masa terdekat.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, setakat ini belum ada pengesahan bahawa bekas Menteri Kesihatan itu akan menyertai parti berkenaan.
“Itu hanya spekulasi lagi tapi insya-ALLAH kalau beliau masuk (PN), ia satu kelebihan untuk kita,” katanya ringkas ketika diminta mengulas mengenai khabar angin bahawa Khairy akan menyertai PN selepas dipecat daripada UMNO baru-baru ini.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pada Iftar Ramadan Kempen Dana #Aid4Turkiye&Syria anjuran PasRelief di sini pada Sabtu.
Turut hadir, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad.
Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, PasRelief menyasarkan menyalurkan bantuan 100 buah rumah kontena bernilai RM3 juta kepada mangsa bencana gempa bumi di Turkiye menerusi kempen #Aid4Turkiye&Syria
Katanya, setiap rumah kontena tersebut bernilai RM30,000 yang turut dilengkapi tandas dan bakal memberi lebih keselesaan kepada mangsa terlibat.
“Kita yakin boleh kumpul dana yang cukup untuk membiayai 100 rumah kontena ini jika 6,514 masjid seluruh negara boleh menyumbang.
“Sekarang di Turkiye dan Syria musim sejuk, mangsa masih tinggal dalam khemah dan tandas pula berada di luar jadi tidak selesa bagi mereka.
“Jika ada rumah kontena, ia bakal memberi keselesaan dalam tempoh yang panjang buat mereka,” ujarnya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kekasih Shuib, Watie ditegur pakai baju balut badan
- Syamsul sedia lepaskan Puteri Sarah
- Bonus raya untuk penjawat awam diterima pada 17 April 2023
- Monopoli Puspakom periksa kenderaan tamat tahun depan
- Aaron Aziz tua dan gemuk – Syamsul
- Senarai kadar zakat fitrah mengikut negeri bagi tahun 2023
- Zahid saman Mahathir, bicara 6 November
- Aligator gergasi lintas jalan
- Telekung apa ni Vida?
- Syamsul, kau jawablah di Padang Mahsyar nanti – Aaron Aziz
- Zakir Naik mungkin dihantar pulang ke India
- Polis buru kumpulan ajaran sesat Sihulk
- Pelajar maut jatuh tingkat enam kecewa mesej tidak dibalas
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid – Ahirine
Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah
Kalau bayar fidyah tak perlu ganti puasa ke?