Krisis air dunia semakin parah
NEW YORK – Air menjadi nadi manusia terpenting, namun krisis air yang melanda dunia baru-baru ini bakal mencetuskan kebimbangan bahawa malapetaka baharu bakal terjadi apabila sumbernya semakin tiada.
Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Water.org dan Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang diterbitkan baru-baru ini memberi amaran mengenai sumber air yang semakin berkurangan di beberapa tempat selain air tercemar, sekali gus menyerlahkan risiko krisis air global.
“Jika sesuatu tidak dilakukan, ia akan terus menyebabkan 40 dan 50 peratus penduduk dunia tidak mempunyai akses kepada sanitasi, serta kira-kira 20 hingga 25 peratus penduduk dunia sukar mendapatkan bekalan air bersih,” kata pengarang utama laporan, Richard Connor kepada AFP.
Ditambah populasi global semakin meningkat setiap hari, akan lebih ramai orang tidak mempunyai akses kepada perkhidmatan mendapatkan bekalan air tersebut.
Laporan juga memberi amaran kekurangan air akan menjadi ‘endemik’ akibat penggunaan air berlebihan dan pencemaran, manakala pemanasan global akan meningkatkan kekurangan air bermusim di kawasan air banyak dan kawasan hampir tiada air.
Menurut kajian iklim PBB yang diterbitkan Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC) pada Isnin, hampir separuh penduduk dunia kini mengalami kekurangan air teruk sekurang-kurangnya pada tahun ini.
Menurutnya, golongan miskin paling terjejas akibat krisis air ini yang menyebabkan keadaan semakin membimbangkan.
“Tidak kira anda berada di mana, jika anda cukup kaya anda akan berjaya mendapatkan bekalan air,” tambah Connor.
Laporan itu turut menyatakan bahawa kesan bekalan air menjadi tercemar akibat sistem sanitasi yang tidak terurus atau tiada langsung.
“Sekurang-kurangnya dua billion orang di seluruh dunia menggunakan sumber minuman yang tercemar dengan najis, sekali gus meletakkan mereka berisiko dijangkiti penyakit taun, kepialu dan polio,” katanya.- AFP
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kekasih Shuib, Watie ditegur pakai baju balut badan
- Syamsul sedia lepaskan Puteri Sarah
- Bonus raya untuk penjawat awam diterima pada 17 April 2023
- Monopoli Puspakom periksa kenderaan tamat tahun depan
- Aaron Aziz tua dan gemuk – Syamsul
- Senarai kadar zakat fitrah mengikut negeri bagi tahun 2023
- Zahid saman Mahathir, bicara 6 November
- Aligator gergasi lintas jalan
- Telekung apa ni Vida?
- Syamsul, kau jawablah di Padang Mahsyar nanti – Aaron Aziz
- Zakir Naik mungkin dihantar pulang ke India
- Polis buru kumpulan ajaran sesat Sihulk
- Pelajar maut jatuh tingkat enam kecewa mesej tidak dibalas
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah
You must be logged in to post a comment.