Murtabak Kadok laku keras sepanjang Ramadhan
Murtabak Kadok laku keras sepanjang Ramadhan
KOTA BHARU: Rezeki pengusaha murtabak di Kampung Kadok, di sini, berganda apabila mampu menjual sehingga 800 keping sehari sepanjang Ramadan.
Ahmad Rais Fikri Rosli, 30, berkata, berbanding hari biasa dia hanya mampu menjual di antara 300 hingga 400 keping sehari.
Katanya, ketibaan Ramadan menjadikan dia dan dan ahli keluarga tidak menang tangan dan terpaksa mengehadkan tempahan, apatah lagi kekurangan penebar doh.
“Malah pembeli sanggup beratur panjang untuk mendapatkan tempahan murtabak yang terkenal dengan nama ‘Murtabak Kadok’ itu untuk juadah berbuka puasa.
“Bagi memenuhi permintaan pelanggan, hampir setiap hari sebanyak 1,400 biji telur digunakan untuk membuat inti martabak selain 40 kilogram (kg) tepung gandum untuk membuat doh.
“Ramuan inti martabak menggunakan resipi ibu, Kamisah Ab Majid, 54, sejak mula berniaga pada 1996 dan sehingga hari ini langsung tidak diubah bagi mengekalkan rasa aslinya,” katanya ketika ditemui di Kampung Kadok, di sini, hari ini.
Ahmad Rais berkata, sepanjang Ramadan dia menjual tiga jenis martabak iaitu daging dan ayam masing-masing berharga RM6 sebiji, manakala martabak serunding dijual pada harga RM10 sebiji.
“Sejak dua tahun lalu, saya terpaksa menaikkan harga martabak daging dan ayam sebanyak RM1 disebabkan kenaikan harga bahan mentah.
“Walau bagaimanapun, kebanyakan pelanggan memahami situasi ini dan mereka tetap membeli martabak ini sebagai pilihan juadah berbuka puasa,” katanya yang turut dibantu lapan pekerja.
Katanya, pada bulan biasa dia turut menawarkan martabak sejuk beku yang sering mendapat permintaan daripada pelanggan luar Kelantan.
“Namun setiap kali tiba Ramadan kami terpaksa menghentikannya dulu sementara bagi pilihan martabak sejuk beku untuk memenuhi permintaan semasa,” katanya.
Katanya, martabak adalah hidangan ‘wajib’ bagi penggemar menu berkenaan ketika berbuka puasa dan tidak hairanlah peniaga juadah ini tumbuh bagai cendawan.
“Walaupun banyak persaingan, namun saya tidak tergugat disebabkan keenakan inti martabak resipi asli dari ibu sejak dulu lagi,” katanya.
BH
Murtabak Kadok laku keras sepanjang Ramadhan
Baca Artikel Menarik:
- Kekasih Shuib, Watie ditegur pakai baju balut badan
- Syamsul sedia lepaskan Puteri Sarah
- Bonus raya untuk penjawat awam diterima pada 17 April 2023
- Monopoli Puspakom periksa kenderaan tamat tahun depan
- Aaron Aziz tua dan gemuk – Syamsul
- Senarai kadar zakat fitrah mengikut negeri bagi tahun 2023
- Zahid saman Mahathir, bicara 6 November
- Aligator gergasi lintas jalan
- Telekung apa ni Vida?
- Syamsul, kau jawablah di Padang Mahsyar nanti – Aaron Aziz
- Zakir Naik mungkin dihantar pulang ke India
- Polis buru kumpulan ajaran sesat Sihulk
- Pelajar maut jatuh tingkat enam kecewa mesej tidak dibalas
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah