Gara-Gara Bawa Anjing Ziarah Kubur Suami, Balu Rasa Kecewa Didenda RM548

Gara-Gara Bawa Anjing Ziarah Kubur Suami, Balu Rasa Kecewa Didenda RM548

SEORANG balu didenda £100 (RM548) kerana menziarahi kubur suaminya dengan membawa anjing.

Lynda Martin menjadi orang pertama yang dikenakan notis penalti kerana melanggar peraturan di tanah perkuburan di Herne Bay pada 25 Februari.

Wanita berusia 67 tahun itu kerap menziarahi kubur suaminya, Niall Willis, 81, bersama anjingnya, Megan, sejak suaminya disemadikan tahun lalu.

Bagaimanapun ketika menziarahi tanah perkuburan tersebut bulan lalu, dia dihampiri pegawai penguatkuasa dan mendakwa dirinya diperlakukan seperti ‘penjenayah’.

“Saya telah dihampiri oleh seorang lelaki dengan kamera yang meminta butiran saya, dan saya diberi notis penalti £100 kerana membawa anjing di kawasan tersebut.

“Saya boleh faham jika Megan mengamuk tetapi ia berkelakuan baik dan terkawal,” ujar pesara tersebut.

Lynda juga berkata dia tidak menyedari larangan tersebut yang telah dilaksanakan sejak 2017, justeru dia segera melunaskan denda tersebut.

Bagaimanapun, dia menggesa agar larangan sedemikian dibatalkan kerana anjing kesayangannya telah menjadi peneman sejak setahun lalu selepas pemergian suaminya.

Bagaimanapun, jurucakap Majlis Bandaraya Canterbury menjelaskan bahawa pihak berkuasa mengenakan denda selepas menerima beberapa aduan. – Daily Star

Gara-Gara Bawa Anjing Ziarah Kubur Suami, Balu Rasa Kecewa Didenda RM548

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cucu celaka, rakam nenek terjatuh tanpa hulur bantuan

Cara Tuntut RM150 Kredit E-Wallet April 2022

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker