Asteroid besar akan melintas hujung minggu ini

Asteroid besar akan melintas hujung minggu ini

CAPE CANAVERAL: Sebuah asteroid besar, yang mampu memusnahkan sebuah bandar, akan merentasi ruang antara orbit bumi dan bulan hujung minggu ini.

Fenomena yang dijangka berlaku esok itu memberi peluang kepada ahli astronomi untuk meneliti batu dari angkasa lepas pada jarak hanya lebih 168,000 kilometer (km), kurang separuh daripada jarak bumi ke bulan, membolehkannya dilihat menggunakan teleskop.

Walaupun kemunculan asteroid adalah perkara biasa, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat (AS), berkata adalah amat jarang bagi batu sebegitu besar lalu begitu hampir dengan bumi.

Katanya, saintis menganggarkan saiznya adalah sekitar 40 meter dan 90 meter dan kebarangkalian ia berlaku adalah sekali dalam tempoh sedekad.

Ditemui kira-kira sebulan lalu, asteroid dikenali sebagai 2023 DZ2 akan merentasi dalam jarak 515,000km dari bulan esok dan beberapa jam selepas itu, merentasi Lautan Hindi pada kelajuan kira-kira 28,000 km/jam.

“Tiada kemungkinan bagi asteroid ini melanggar bumi tetapi laluannya yang begitu dekat membolehkannya diperhati dan diteliti dengan baik,” kata Ketua Pertahanan Planet, Agensi Angkasa Eropah, Richard Moissl, dalam satu kenyataan.

Ahli astronomi dengan Rangkaian Amaran Asteroid Antarabangsa, melihat peluang itu sebagai peluang baik menguji pertahanan planet apabila ada asteroid menuju ke arahnya, kata NASA.

Projek Teleskop Maya akan menyediakan siaran langsung ketibaan asteroid itu menerusi laman sesawangnya di pautan https://www.virtualtelescope.eu/2023/03/18/near-earth-asteroid-2023-dz2-…

Peluang melihat asteroid seperti ini tidak akan berlaku lagi sehingga 2026, dan walaupun pada awalnya ada petanda ia berkemungkinan kecil melanggar bumi, saintis menolak kebarangkalian ia berlaku. BH

Asteroid besar akan melintas hujung minggu ini

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid – Ahirine

Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah

Kalau bayar fidyah tak perlu ganti puasa ke?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker