Usah sia-sia pahala puasa dengan bazir makanan – Agong

Usah sia-sia pahala puasa dengan bazir makanan – Agong

Yang di-Pertuan Agong menasihatkan umat Islam tidak mensia-siakan pahala puasa dengan membazir makanan sepanjang bulan Ramadan.

Ini kerana, titah Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, sisa makanan daripada berbuka puasa merupakan penyumbang terbesar pembaziran makanan pada bulan Ramadan.

“Perkara ini bertentangan dengan hakikat Ramadan yang seharusnya menjadi bulan mendidik umat Islam supaya bersederhana dan tidak membazir,” titah baginda dalam catatan Facebook Istana Negara.

Awal bulan ini, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dilaporkan berkata, lebih 75,000 tan metrik makanan mungkin dibazirkan sepanjang Ramadan ini.

Menurut laporan itu, sisa makanan yang dihasilkan dijangka meningkat daripada kira-kira 17,000 tan metrik sehari pada bulan biasa kepada lebih 19,000 tan metrik sehari sepanjang bulan puasa.

Sultan Abdullah turut menyeru umat Islam meneguhkan lagi ketakwaan dan menggandakan ibadah serta amalan, selain meningkatkan ibadah sunat dan amalan kebajikan, mengukuhkan ukhuwah sesama insan serta meninggalkan perbuatan sia-sia dan merugikan.

Baginda mengajak umat Islam mendoakan Malaysia terus dirahmati, diberkati dan dilindungi daripada sebarang bentuk ancaman serta musibah. FMT

Usah sia-sia pahala puasa dengan bazir makanan – Agong

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerita Bossku belum tamat – Khairy

Syamsul dakwa Puteri Sarah curang dengan bekas kekasih

Adi Putra Digugurkan dari Mat Kilau 2

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker