Pilihan raya Thailand pada 14 Mei depan

BANGKOK – Thailand akan mengadakan pilihan raya umum pada 14 Mei, manakala pengundian awal dijadual pada 7 Mei, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pendaftaran calon dijadual bermula 3 hingga 7 April, dengan penamaan calon “party-list” dari 4 hingga 7 April.

Sekitar 52 juta rakyat Thailand layak mengundi pada pilihan raya kali ini.

Kabinet pada awal tahun ini meluluskan bajet 5.95 bilion baht bagi mengadakan pilihan raya umum.

Thailand mengadakan pilihan raya umum terakhir pada 24 Mac 2019.

Prayuth Chan-ocha, 68, akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang walaupun had lapan tahun sebagai perdana menterinya berakhir pada 2025.

Di bawah perlembagaan 2017, seorang perdana menteri hanya boleh berkhidmat selama lapan tahun.

Beliau akan bertanding di bawah parti baharu- United Thai Nation Party sebagai calon perdana menteri.

ak bongsu kepada bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra kekal menjadi pilihan utama sebagai perdana menteri.

Kajian dari Institut Pentadbiran Pembangunan Negara (NIDA) menunjukkan sokongan Paetongtarn Shinawatra dari Parti Pheu Thai melonjak 10 mata kepada 38.2 peratus dan Pita Limjaroenrat dari Parti Move Forward di tempat kedua dengan 15.75 peratus manakala Prayuth (15.65 peratus). – Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Farid Kamil tak dapat jumpa anak, dihalang masuk rumah?

Pemandu warga emas ditumbuk, disepak dan rambut ditarik

Mahathir terus-menerus tibai Anwar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker