Biawak 20 kg terperangkap dalam rumah lepas kejar kucing

Anggota APM menangkap biawak seberat 20 kg yang masuk ke dalam sebuah rumah di Jalan Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu semalam. IHSAN APM

KOTA BHARU – Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Bharu menangkap seekor biawak seberat kira-kira 20 kilogram yang terperangkap di dalam sebuah rumah penduduk di Jalan Wakaf Mek Zainab di sini semalam.

Jurucakap APM Kota Bharu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 1.48 tengah hari.

Menurutnya, pemilik rumah tersebut menyedari reptilia sepanjang kira-kira dua meter itu masuk ke dalam rumah selepas mengejar kucing peliharaannya.

“Penghuni rumah cuba untuk menghalau biawak tersebut beberapa kali, namun gagal sebelum menghubungi talian kecemasan.

“Anggota APM tiba di rumah itu dan biawak tersebut dilihat berada di bawah sofa di ruang tamu. Operasi menangkap biawak tersebut mengambil masa tidak sampai dua minit dengan menggunakan peralatan khas,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Katanya, biawak tersebut dibawa pulang ke Pusat Kawalan Operasi APM Daerah Kota Bharu

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Februari 2023 paling unik, berlaku 823 tahun sekali

Zalim kalau tak hargainya – Shuib

Aliff akhirnya mengesahkan kontroversinya bersama Sophia Albarakbah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker