Muhyiddin jangan jadi Donald Trump – Guan Eng
Muhyiddin jangan jadi Donald Trump – Guan Eng
Pengerusi DAP Kebangsaan Lim Guan Eng hari ini memberi amaran kepada Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin supaya tidak menjadikan kempen pilihan raya sebagai sesuatu yang berbaur perkauman seperti dakwaan fitnah yang dikaitkan dengan status pengecualian cukai Yayasan Al-Bukhary.
Bercakap kepada pemberita di luar balai polis daerah Dang Wangi, Lim berkata laporan polisnya terhadap Muhyiddin bertujuan mengelak perkara itu dijadikan bahan kempen bagi enam pilihan raya negeri akan datang.
“Jika kita tidak menghentikan (pembohongan) ini maka mereka (PN) akan menggunakannya pada pilihan raya negeri akan datang. Saya rasa itu amat berbahaya.
“Ia sesuatu yang kita mesti hentikan. Tolong kempen berdasarkan fakta.
“Jangan jadi seperti Donald Trump. Berkempen atas pembohongan,” kata Lim merujuk kepada kempen presiden bekas presiden AS itu pada 2016 yang terkenal dengan mesej berhaluan kanannya yang berpaksikan ‘Make America Great Again’.
Pada 9 Mac, Muhyiddin menuduh Lim ketika menjadi menteri kewangan telah membatalkan status pengecualian cukai Yayasan Albukhary.
Muhyiddin membuat dakwaan itu selepas dia diarahkan oleh SPRM supaya hadir ke ibu pejabat suruhanya pencegahan rasuah itu merakamkan kenyataannya. Antara isu yang dibangkitkan SPRM ialah rayuan terhadap pembatalan pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Albukhary.
Lim, yang ditemani ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer selaku peguamnya, serta ahli Parlimen DAP lain yang hadir sebagai solidariti, berkata Muhyiddin enggan menarik balik tuduhan itu di sebalik kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Parlimen semalam yang “membersihkannya”.
Anwar, yang juga menteri kewangan, memberitahu Dewan Rakyat semalam bahawa di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967, ketua pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri mempunyai kuasa penuh ke atas perkara yang berkaitan dengan pengecualian cukai, tanpa campur tangan daripada menteri kewangan atau perdana menteri.
Mengulas lanjut, Lim berkata dalam laporannya, dia menggesa polis menyiasat Muhyiddin kerana memfitnah dan juga cuba menghasut. Mk
Muhyiddin jangan jadi Donald Trump – Guan Eng
Baca Artikel Menarik:
- Abim ziarah Dalai Lama
- Polis tolak teori konspirasi Chegubard
- 3 anak Najib Razak antara penerus legasi kepimpinan keluarga dalam UMNO
- Jual gelaran ‘Datuk Seri’ RM60,000, 2 lelaki didakwa
- Norjuma diisytihar bankrap
- Najib sindir Mahathir diktator yang suka gelar orang lain sebagai diktator
- Nazri cadangkan kerajaan guna ISA pada Mahathir
- Tetamu majlis umpama ‘kedai emas bergerak’ di dalam majlis perkahwinan [VIDEO]
- Hanya seorang murid berdaftar, habis semua jawatan disandang tanpa saingan
- Pemandu warga emas ditumbuk, disepak dan rambut ditarik
- Tajuddin tolak PAS dan Bersatu, masih harap Umno terima rayuan penggantungan
- Atok terkena serangan jantung ketika ‘layan’ pelacur
- Pelawak Indonesia ‘diserang’ peminat Jennie Blackpink kerana kritik persembahan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Farid Kamil tak dapat jumpa anak, dihalang masuk rumah?
Mahathir terus-menerus tibai Anwar