Hakim tegur Wan Saiful lewat ke mahkamah

Hakim tegur Wan Saiful lewat ke mahkamah

Bekas Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan hari ini diingatkan supaya datang lebih awal ke mahkamah semasa kes perbicaraan dirinya yang berdepan dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa.

“Saya harap ini kali pertama dan terakhir, (datang lewat ke mahkamah) selepas ini sila rancang perjalanan kamu,” kata hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob yang dipetik oleh Bernama hari ini.

Wan Saiful, 48, kemudian memohon maaf dan memberitahu mahkamah bahawa dia telah keluar rumah pada 7.15 pagi namun tidak menyangka perjalanan mengambil masa selama dua jam.

Semasa sebutan kes kali pertama, hari ini, peguam, yang mewakili Wan Saiful, Rosal Azimin Ahmad berkata, pihaknya akan mengemukakan representasi membabitkan dua pertuduhan itu.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd ‘Afif Ali berkata pihaknya telah menyerahkan sebahagian dokumen kepada pembelaan mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah hari ini.

“Bagaimanapun, sebahagian lagi dokumen-dokumen lain seperti dokumen bank dan dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan diserahkan nanti.

“Oleh itu, pihak kami mohon masa untuk mendapatkan dokumen asal daripada bank,” katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan 8 Mei untuk sebutan semula kes.

Wan Saiful mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan tersebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa meminta suapan wang daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuknya membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek ‘Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur’ daripada kerajaan Malaysia secara prakelayakan yang jumlah keseluruhannya RM232 juta.

Wan Saiful juga dituduh menerima bagi dirinya suapan wang tunai berjumlah RM6,962,694.54 melalui akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya WSA Advisory Group Sdn Bhd daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Syarikat Nepturis Sdn Bhd sebagai upah membantu syarikat Nepturis mendapatkan Surat Setuju Terima bagi projek tersebut.

Beliau didakwa melakukan kedua-dua perbuatan tersebut di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana di Kuala Lumpur, pada April 2022 dan di CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku, Taman Tunku, Bukit Tunku di Kuala Lumpur antara 8 Julai 2022 hingga 30 Sept 2022. Mk

Hakim tegur Wan Saiful lewat ke mahkamah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Farid Kamil tak dapat jumpa anak, dihalang masuk rumah?

Pemandu warga emas ditumbuk, disepak dan rambut ditarik

Mahathir terus-menerus tibai Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker