Kisah Mikhael Sathayah Peluk Islam Bikin Netizen Kagum
Banyak Sangat Dosa Sampai Saya Puasa 360 Hari
Kisah Mikhael Sathayah Peluk Islam Bikin Netizen Kagum
Hidayah itu milik Allah SWT! Itulah yang berlaku terhadap seorang lelaki berbangsa India ini apabila dia akhirnya memilih untuk memeluk agama Islam.
‘Saya cuba mengisi kekosongan..’
Kisah tersebut dikongsikan oleh tuan badan sendiri menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok. Menurut pemilik nama Muhammad Mikhael Sathayah, sebelum memeluk agama Islam, jiwanya terasa sangat kosong sehingga tidak tahu apakah erti kehidupan yang sebenar.
Saya cuba mengisi kekosongan. Tetapi kesakitannya semakin hari semakin menjadi-jadi. Diluar nampak berjaya tapi hati saya dalam kesakitan. Apa yang kurang? Saya sayang mak saya, mak saya segala-galanya bagi saya.
Namun pada satu pagi iaitu waktu subuh, dia terdengar satu suara seakan memberi ‘petunjuk’ kepadanya. Menurut Mikhael, meskipun pada waktu itu dia tahu apakah maksud di sebalik petunjuk itu namun dia tidak mengendahkannya. Malah dia terus mengejar dunia namun hatinya tetap tidak tenteram.
Mencari nur yang tidak kesampaian, jiwa ini meronta sampai subuh suatu pagi. Terdengar suara yang indah, aku yang cipta kamu tapi ini yang aku beri pada kamu. Terima sahajalah. Apakah maksud soalan itu? Saya tertanya-tanya apakah jawapan untuk soalan itu. Saya rasa saya tahu tapi saya masih tidak mahu menerima.
‘Mak, saya nak masuk Islam’
Sehinggalah pada suatu hari, dia mendapat hidayah untuk memeluk islam. Tambahnya lagi, selepas itu, kehidupannya mula berubah dan hati serta jiwanya mula tenang.
Sampai dah dapat jawapan. Saya beritahu mak, ‘Mak, saya nak masuk Islam’. Mak terdiam, terkejut lepas tu, mak tersenyum dan beri kebenaran. Macam-macam mak dikecam sampai ada yang kata mak dah tak ada anak, anak mak dah mati. Sampai kata hidup saya macam ni sebab mak terlalu manjakan saya.
Mak seorang mak yang baik. Mak hadiahkan saya sejadah. Mak sentiasa teman saya ke masjid. Terima kasih mak walaupun kita berlainan agama, mak tunggu luar masjid. Mak tak hiraukan saudara mara, cakap sesiapa. Mak terima saya.
Siapa sangka, Mikahel akhirnya berjaya membeli sebuah rumah dan berjiran dengan ibunya. Dia meluahkan rasa syukur, kerana mempunyai soerang ibu yang sangat memahami malah tetap menerimanya meskipun berlainan agama
Banyak sangat dosa sampai saya berpuasa sepanjang tahun walaupun Isam larang. Saya puasa 360 hari, aidilfitri dan raya haji. Lain-lain hari saya puasa nak hilangkan dosa. Sampai saya sakit.
Sumber: Muka Gangster
Kisah Mikhael Sathayah Peluk Islam Bikin Netizen Kagum
Baca Artikel Menarik:
- Abim ziarah Dalai Lama
- Polis tolak teori konspirasi Chegubard
- 3 anak Najib Razak antara penerus legasi kepimpinan keluarga dalam UMNO
- Jual gelaran ‘Datuk Seri’ RM60,000, 2 lelaki didakwa
- Norjuma diisytihar bankrap
- Najib sindir Mahathir diktator yang suka gelar orang lain sebagai diktator
- Nazri cadangkan kerajaan guna ISA pada Mahathir
- Tetamu majlis umpama ‘kedai emas bergerak’ di dalam majlis perkahwinan [VIDEO]
- Hanya seorang murid berdaftar, habis semua jawatan disandang tanpa saingan
- Pemandu warga emas ditumbuk, disepak dan rambut ditarik
- Tajuddin tolak PAS dan Bersatu, masih harap Umno terima rayuan penggantungan
- Atok terkena serangan jantung ketika ‘layan’ pelacur
- Pelawak Indonesia ‘diserang’ peminat Jennie Blackpink kerana kritik persembahan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemandu warga emas ditumbuk, disepak dan rambut ditarik