Hina Nabi Muhammad SAW, polis kesan 2 lelaki

Video tular di media sosial

Hina Nabi Muhammad SAW, polis kesan 2 lelaki

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, mengesahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah memulakan siasatan berhubung kes video tular di media sosial membabitkan dua lelaki dipercayai menghina Nabi Muhammad SAW.

Beliau berkata, laporan berhubung kes terbabit diterima pihak berkuasa yang kini berusaha mengenal pasti pelaku dalam video itu.



“Saya sahkan PDRM ada terima laporan mengenai video tular itu dan kini sudah memulakan siasatan mengenainya.

“Kita akan beri keutamaan kepada siasatan kes ini yang tentunya tidak sihat sama sekali dalam konteks amalan beragama di negara ini,” katanya selepas Majlis Sambutan Hari Penjara ke-233 di Maktab Penjara Kajang, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas satu rakaman video dua lelaki dipercayai menghina Nabi Muhammad yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Rakaman video berdurasi 52 saat itu menunjukkan dua lelaki yang mendakwa Nabi Muhammad adalah Allah dan Allah adalah gelaran kepada baginda. BH



Hina Nabi Muhammad SAW, polis kesan 2 lelaki

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Farid Kamil tak dapat jumpa anak, dihalang masuk rumah?



Pemandu warga emas ditumbuk, disepak dan rambut ditarik

Mahathir terus-menerus tibai Anwar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker