Husam dilantik terajui SPNB

Husam dilantik terajui SPNB

Bekas naib presiden Amanah Husam Musa dilantik menjadi pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Ketika dihubungi Malaysia dia mengesahkan pelantikan itu. Bagaimanapun bekas exco kanan Kelantan itu enggan mengulas lanjut mengenai pelantikan tersebut buat masa ini.



“Ambo (saya) belum masuk pejabat lagi, insya-Allah hari Khamis cadangnya. Nanti selepas itu (bagi kenyataan),” katanya ringkas.

Husam berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung pelantikannya selepas dihubungi melalui aplikasi WhatsApp, hari ini.

Terdahulu portal berita tempatan yang memetik sumber turut melaporkan pelantikan Husam.

Ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada 2018 Husam pernah dilantik sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada).



Pada pilihan raya umum lalu Husam dicalonkan PKR untuk mewakili PH di Parlimen Pasir Mas, namun tewas kepada penyandangnya daripada PAS Ahmad Fadhli Shaari. Mk

Husam dilantik terajui SPNB

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Farid Kamil tak dapat jumpa anak, dihalang masuk rumah?

Pemandu warga emas ditumbuk, disepak dan rambut ditarik



Mahathir terus-menerus tibai Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker