7 rumah, 6 kenderaan rosak dihempap pokok akibat ribut

7 rumah, 6 kenderaan rosak dihempap pokok akibat ribut

Ribut di Taman Desariang, Damansara Damai awal pagi tadi menyebabkan tujuh rumah dan enam kenderaan rosak akibat dihempap 15 pokok tumbang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.19 pagi.

Menurutnya, seramai 29 anggota bersama lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara, BBP Sungai Buloh, BBP Kota Anggerik serta BBP Rawang kemudiannya dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik saja tiba, kami dimaklumkan terdapat 15 pokok tumbang di lokasi berkenaan membabitkan tujuh rumah terjejas di bahagian hadapan.

“Selain itu, enam kenderaan yang diletakkan di tepi jalan juga terjejas akibat dihempap pokok tumbang berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, menurut Berita Harian.

Berikutan kejadian itu katanya, bomba melakukan kerja-kerja pemotongan pokok tumbang terbabit.

Bagaimanapun katanya, tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian itu. FMT

7 rumah, 6 kenderaan rosak dihempap pokok akibat ribut

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Donald Trump bakal ditangkap esok

Mahathir tuduh kerajaan Anwar diktator

Saingan naib presiden Umno, hanya beza 6,000 undi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker