Zahid kata keputusan pemilihan bukti akar umbi UMNO sokong Anwar

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kemenangan besar pasukan yang berpihak kepadanya dalam pemilihan Umno yang baru berakhir itu sebagai tanda akar umbi Umno menyokong pentadbiran persekutuan pimpinan Anwar Ibrahim.

Timbalan perdana menteri turut berikrar bahawa kepimpinan baru Umno akan terus memperkukuh kerajaan perpaduan.

“Ini terlihat daripada bahawa kesatupaduan pemilihan kepimpinan Umno memperlihatkan bahawa dokongan akar umbi, jelas untuk kepimpinan peringkat nasioanl berikan dokongan sepenuhnya kepada keutuhan kerajaan perpaduan sekarang.



“Manifestasi ini dilihat sangat jelas. Kita lihat walau ada usaha-usaha untuk gugat kerajaan perpaduan sekarang, ia jelas ditolak perwakilan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur malam tadi.

Mesyuarat parti pemerintah pentadbiran persekutuan itu antaranya dihadiri pemimpin PKR, Umno, DAP, MCA, GPS dan MIC.

Dilaporkan penyokong kem Zahid menguasai pemilihan Umno – menang dua daripada tiga jawatan naib presiden, sebahagian besar kerusi majlis tertinggi dan sayap parti.

“Ini jelas sebagai satu signal bahawa unsur-unsur untuk memecahkan Umno dari luar dan juga menyuntik perpecahan ini dari dalam itu jelas adalah untuk meruntuhkan kerajaan yang ada.



“Jelas bahawa akar umbi mahu kerajaan bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim ini diperkukuhkan.

Pembahagian kerusi PRN

“Kita amat yakin dengan dokongan rakan-rakan dalam parti BN, dan juga rakan-rakan Sabah, Sarawak yang dokong kerajan perpaduan ini…

“Tahniah kepada kemimpinan yang terpilih dan kami berjanji kerajaan perpaduan ini akan terus didokong oleh kami dan diperkukuhkan bersama-sama rakan-rakan dalam BN,” kata Zahid lagi.



Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sidang akhbar sama ditanya jika mesyuarat malam tadi turut membincangkan pembagian kerusi bagi enam pilihan raya negeri akan datang.

“Itu dalam proses. Terima kasih. Akan dimuktamadkan dalam masa singkat

“Good progress. Tapi kita tidak bincang details kerana jawatankuasa mewakili parti-parti yang terlibat akan terus berbincang,” kata pengerusi PH itu.

Anwar juga mendedahkan bahawa gabungan parti pemerintah akan mengadakan konvensyen bersama tidak lama lagi untuk membantu menentukan hala tuju bersama.



Menurut Anwar, mesyuarat malam tadi turut membincangkan isu retorik agama dan kaum yang dimainkan di negara ini.

Dia berkata pemimpin parti pemerintah mencapai kata sepakat bahawa kerajaan komited untuk menegakkan prinsip di bawah Perlembagaan Persekutuan, termasuk melindungi hak setiap rakyat, tanpa mengira kaum dan kepercayaan mereka.

Anwar juga mengulangi bahawa sebarang usaha untuk mengganggu keharmonian dalam negara perlu ditangani “dengan tegas.”

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah

Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]

Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker