Tolak projek Neom Mohammed Bin Salman, hukuman mati bakal menanti

Tolak projek Neom Mohammed Bin Salman, hukuman mati bakal menanti

Tolak projek Neom Mohammed Bin Salman, hukuman mati bakal menanti
Tolak projek Neom Mohammed Bin Salman, hukuman mati bakal menanti

 

Arab Saudi dilaporkan akan menghukum mati tiga rakyatnya yang enggan berpindah ke kawasan baharu selepas kawasan tempat tinggal mereka diambil kerajaan untuk tujuan pembinaan projek mega NEOM, lapor Business Insider.

Tiga penduduk yang menolak itu adalah Shadly Ahmad Mahmoud Abou Taqiqa al-Huwaiti, Ibrahim Salih Ahmad Abou Khalil al-Huwaiti, dan Atallah Moussa Mohammed al-Huwaiti.

Ketiga-tiga mereka adalah ahli suku Howeitat yang tinggal di kawasan yang bakal terbinanya bandar pintar hasil idea Mohammed Bin Salman. Ia adalah projek pembangunan bandar pintar masa hadapan oleh Dana Pelaburan Awam Saudi.

“Walaupun dituduh melakukan keganasan, mereka dilaporkan telah ditangkap kerana menentang pengusiran paksa atas nama projek NEOM dan pembinaan bandar linear sepanjang 170 km yang dipanggil The Line,” kata kenyataan bertulis di laman web rasmi Persatuan Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut laporan, Arab Saudi dilaporkan telah mengusir ahli suku Howeitat dari rumah dan tanah tradisional mereka. Ia melibatkan tiga kampung iaitu, al Khuraiba, Sharma, dan Gayal dengan alasan untuk membina projek NEOM.



Baca Artikel Menarik:

Ahirine – Tuduhan ‘penyondol’ jejas nama baik


Terdapat dakwaan bahawa pengusiran ini berlaku dengan tidak adil. Malah, dalam proses awal projek tersebut, seorang anggota suku Howeitat, Abdul Rahim bin Ahmed Mahmoud al Huwaiti, telah dibunuh di rumahnya sendiri oleh anggota pasukan khas Saudi.

Selain daripada ketidakadilan dan sikap penguatkuasa yang kejam, pengusiran secara paksa telah dilarang oleh undang-undang antarabangsa. Ia adalah pelanggaran hak tempat tinggal serta melanggar hak kebebasan bersuara dan akses kepada maklumat.

“Kami menggesa semua syarikat yang terlibat, termasuk pelabur asing, untuk memastikan bahawa mereka tidak menyebabkan atau menyumbang kepada, dan tidak dikaitkan secara langsung dengan, pencabulan hak asasi manusia yang serius,” kata pakar PBB.

Projek mega NEOM adalah cadangan dan idea putera mahkota Saudi, Putera Mohammed bin Salman (MBS). MBS sedang mengusahakan projek pembangunan yang bercita-cita tinggi untuk memberikan negaranya gambaran yang lebih moden. Projek itu sedang dibina di Tabuk, barat laut Arab Saudi menghadap Mesir merentasi Laut Merah.


Baca Artikel Menarik:

Kalau haram, jangan datang, duduk surau – Baby Shima

 

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pernah nampak arwah berjasa – Rita Rudaini

Diana beri bayangan hubungan dengan Farid

Ustaz Don Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ (Video)

Mawi muntah darah, mati sekejap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker