Ahmad Maslan tewaskan Hasni di Pontian
Ahmad Maslan tewaskan Hasni di Pontian
Selepas 22 tahun menerajui UMNO Bahagian Pontian, Datuk Seri Hasni Mohammad, tewas kepada timbalannya Datuk Seri Ahmad Maslan dalam pertandingan merebut jawatan berkenaan.
Dalam pertandingan satu lawan satu itu, Ahmad yang juga Setiausaha Agung UMNO meraih 388 undi manakala Hasni yang juga bekas Pengerusi UMNO Johor pula mendapat 291 undi.
Seramai 690 perwakilan daripada 117 cawangan terbabit dalam proses pemilihan kali ini yang diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian.
Hasni telah menyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Pontian sejak 2001, manakala Ahmad pula menjawat jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pontian sejak 2008.
Pertembungan di antara Hasni dan Ahmad bagi merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Pontian disifatkan antara pertandingan ketua bahagian paling sengit pada pemilihan UMNO kali ini.
Hasni berbekalkan reputasi besar apabila 22 tahun menerajui UMNO Bahagian Pontian, apatah lagi beliau pernah menjadi Pengerusi UMNO Johor dari 2018 hingga Januari lalu.
Beliau juga dilantik sebagai Menteri Besar Johor selama dua tahun pada 2020, selain menjadi Ketua Pembangkang Johor, dua tahun sebelumnya.
Paling cemerlang apabila Hasni berjaya mengemudi UMNO dan Barisan Nasional (BN) Johor untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tahun lalu, selepas mencatat kemenangan selesa melebihi majoriti dua pertiga apabila berjaya memperoleh 40 daripada 56 kerusi.
Ahmad juga adalah pemimpin berpengalaman, apatah lagi beliau adalah Ahli Parlimen Pontian sejak 2008 dan aktif terbabit dengan pelbagai aktiviti turun padang dan bertemu masyarakat Pontian.
Ahmad berpengalaman luas apabila pernah menjawat pelbagai jawatan tertinggi parti peringkat nasional termasuk dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO pada 2009 selain Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN pada 2012.
Ahmad juga ketika ini menjawat jawatan Timbalan Menteri termasuk Timbalan Menteri Kewangan I, selain pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa I (2015-2018), Timbalan Menteri Kewangan II (2013-2015) dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (2009-2013). BH
Ahmad Maslan tewaskan Hasni di Pontian
Baca Artikel Menarik:
- Negeri mundur, tapi beli Mercedes dan naik elaun wakil rakyat
- Uqasha lapor polis difitnah kaki buli di sekolah
- MP Kepong rayu bantuan nak bayar saman
- Rayu lawat kubur isteri selepas tembak matinya
- Pelajar jatuh cinta pada guru sejak tingkatan 3 akhirnya jadi isterinya yang sah [VIDEO]
- Kehidupan hancur, 6 tahun berkahwin baru tahu isteri rupanya saudara kandung
- Jantung bengkak dan jangkitan kuman, Ustaz Azhar Idrus ditahan di hospital
- ‘Datuk Roy’ juga dikait siasatan penipuan RM2 juta
- Tolak ‘calon proksi’ pada pemilihan ini – Zahid
- Lelaki ‘bertanduk’ meninggal dunia pada usia 140 tahun
- Tukar Pengundi: Taktikal terancang rampas kawasan dalam PRN
- Dah mabuk, pukul polis pula
- Speaker ‘back up’ Wee Ka Siong
Layari Laman Facebook MYKMU.NET