Pemandu Toyota Wish putih dicari polis

Pemandu Toyota Wish putih dicari polis

Kota Tinggi: Polis sedang mengesan pemandu Toyota Wish yang gagal memberhentikan kenderaan selepas diarah di Felda Simpang Waha, di sini, kira-kira 1 tengah hari, kelmarin.

Ketua Polis daerah Kota Tinggi, Superitenden Hussin Zamora berkata, ketika rondaan pasukan Penguatkuasa Bahagian Siasatan dan Penguatkuasan Trafik Daerah Kota Tinggi di Jalan Lok Heng-Mawai, pihak polis terlihat Toyota Wish putih dalam keadaan mencurigakan.

“Polis mengarahkan kenderaan itu berhenti untuk pemeriksaan beberapa kali, namun pemandu enggan mematuhi dan terus memecut hingga ke Simpang Waha sebelum hilang selepas masuk ke kebun kelapa sawit felda itu.

“Hasil siasatan awal mengesyaki pemandu itu ialah lelaki warga tempatan berusia 27 tahun iaitu adik lelaki kepada pemilik kenderaan.

“Usaha mengesan suspek masih dijalankan. Pemilik kenderaan berdaftar juga dibawa ke IPD Kota Tinggi bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Hussin, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi bilik gerakan IPD di talian 07-8837222 bagi membantu siasatan kes.

Kes disiasat dibawah Sekyen 186 kanun Keseksaan. HM

Pemandu Toyota Wish putih dicari polis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah

Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]

Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker