Video 2 remaja bertumbuk tular dipanggil polis

Polis akan memanggil dua remaja sebuah sekolah menengah di Ketereh, di sini, yang dikesan bertumbuk selepas video perkelahian mereka tular di media sosial hari ini.

Ketua Polis Kota Bharu, Mohd Rosdi Daud, berkata pihak menerima laporan 11.18 pagi tadi selepas video pergaduhan kedua-dua remaja berusia dalam lingkungan 14 hingga 15 tahun itu tular di media sosial.

“Video berdurasi 46 saat menunjukkan dua remaja lelaki sedang bertumbuk di kawasan tanah lapang dengan disaksikan oleh sekumpulan remaja lelaki yang lain. Kejadian berlaku pada 7 Sept lepas kira-kira 3 petang di kawasan Kampung Bukit Kecik, Melor, di sini.

“Semua remaja yang terlibat dalam kejadian akan dipanggil ke IPD Kota Bharu bagi siasatan lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata kes akan disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang jika disabit dengan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara hingga enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya

“Saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan, atau boleh hubungi Insp Nur Asminda Mohd Apandi dengan menelefon 017-2509251 atau 09-7752200, atau hubungi mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mana Malique sembunyi?

Hanya saya dan Aslam saja tahu perkara sebenar – Marissa Dania

Aslam, jom jumpa

Konsert bercampur lelaki wanita di Jom Heboh KB, Kerajaan PAS Kelantan membisu

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker