Anwar beri amaran jangan ‘hangatkan suhu kaum, agama’

Anwar Ibrahim berkata beliau mengarahkan pasukan keselamatan berwaspada terhadap usaha menghangatkan suhu kaum atau agama.

Anwar beri amaran jangan ‘hangatkan suhu kaum, agama’

Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi amaran jangan “menghangatkan suhu” kaum atau agama, dengan menyatakan bahawa kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan usaha seperti itu.

Anwar berkata, beliau sudah mengarahkan pasukan keselamatan berwaspada terhadap sebarang usaha ke arah itu dan ia tidak sama sekali akan diizinkan berlaku.



“Sebarang usaha oleh sesiapa pun, yang cuba mengadu domba, menghangatkan ‘suhu’ kaum atau agama di negara ini tidak akan diizinkan.

“Orang tertentu yang terdesak atau berasa tercabar akan menggunakan sentimen ini, dan rakyat yang miskin akan diupah untuk menimbulkan kekacauan.

“Saya dan Jemaah Menteri akan memastikan keamanan dan kedamaian semua kaum dipertahankan dan tidak akan bertolak ansur sedikit pun terhadap usaha yang akan mengganggu gugat keselamatan negara,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jemaah Menteri.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan perpaduan tetap teguh mempertahankan prinsip perlembagaan negara, yang memperuntukkan Islam sebagai agama persekutuan dan menjamin ruang dan kebebasan bagi agama lain.



Katanya, isu yang berbangkit berhubung perkara itu perlu diselesaikan dengan baik.

“Jangan ada perseteruan mahupun salah sangka atau prasangka, termasuk yang dibangkitkan baru-baru ini, kunjungan ke masjid,” katanya.

“Jika ada apa-apa pelanggaran peraturan ataupun sedikit sebanyak menimbulkan sensitiviti kaum, perkara ini harus dileraikan melalui rundingan.”

Tambahnya, keadaan di dalam negara sekarang ini terkawal, namun ada usaha daripada pihak yang “kehilangan kuasa” untuk “meniup sentimen kaum dan agama”.



“Sekiranya tindakan (mereka) melampau, mengganggu gugat, pihak keselamatan akan keras dan tegas mengambil tindakan,” katanya kepada pemberita. FMT

Anwar beri amaran jangan ‘hangatkan suhu kaum, agama’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Encik Sajat dedahkan hampir dirogol di Australia

Mahathir dan Muhyiddin kembali bergabung?



Berat badan tinggal 48kg, Yasin derita tiriod

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker