DAP usah meroyan lepas pernah sanjung ‘Bulan’

DAP usah meroyan lepas pernah sanjung ‘Bulan’

DAP tidak perlu meroyan dan menuduh MCA sebagai pemuja PAS serta memberikan kuasa kepada parti tersebut, kata Ti Lian Ker.

Kata naib presiden MCA itu, dia memang terperanjat selepas meneliti kenyataan dibuat bekas Ketua Pemuda DAP, Howard Lee, yang menggambarkan seolah-olah MCA mengagungkan PAS.

“Apa yang saya cakap tempoh hari ialah kita (MCA) akan bekerjasama dengan semua pihak yang menghormati perlembagaan dan nilai murni demi rakyat dan negara.

“Tapi Lee menggambarkan seperti MCA memuja PAS sebagai sebuah parti ekstremis, mengikut telunjuk PAS dan memberi PAS kuasa.

“Saya rasa sikap dia sangat tidak baik. DAP tak perlu meroyan kerana dulu mereka pun menyanjung ‘Bulan’ dan sekarang menyalak ‘Bulan’ pula,” katanya dalam kenyataan media yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp kepada media di Kuantan, hari ini.

Lee yang juga Adun Pasir Pinji di Perak sebelum ini dilaporkan mengecam kenyataan dibuat Ti yang mengatakan MCA boleh bekerjasama dengan PAS selagi parti Islam itu menghormati perlembagaan.

Lee menyifatkan kenyataan Ti sebagai usaha “mengagungkan sebuah parti ekstrem”.

“Mengagungkan parti ekstremis, tunduk kepada agenda mereka, dan memberi mereka kuasa dan keutamaan dengan mengorbankan kredibiliti parti sendiri; boleh disimpulkan bahawa daya tarikan dan ketagihan jawatan menteri terlalu memabukkan bagi MCA berbanding keutamaan kepada negara,” Lee berkata.

Sekarang menyalak ‘Bulan’

Lee menambah MCA terlibat dalam Langkah Sheraton yang menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan ditumbangkan pada 2020.

PAS – yang bekerjasama dengan Bersatu dan BN – kemudian menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan.

Kata Lee kenyataan timbalan menteri belia dan sukan itu menunjukkan MCA bersedia untuk bergantung kepada PAS selagi mereka dapat berkuasa.

Kata Ti DAP wajar diingatkan bahawa mereka juga pernah “kahwin, cerai dan kahwin beberapa kali dengan PAS”.

“DAP juga pernah menjadikan Adun PAS sebagai menteri besar di Perak pada 2008 walaupun mereka mempunyai jumlah wakil paling banyak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, selain mendapat ‘imbuhan’ di Kelantan,

“Dulu DAP peluk rapat Tok Guru PAS, memuja bulan dengan lagu The Moon Represents My Heart dan memberitahu pengundi Cina jangan takut pada PAS.

“Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, juga pernah kata ‘kalau kita tidak mencuri dan merompak, janganlah takut pada PAS’. Jadi, kenapa sekarang DAP menyalak pada bulan?” katanya. Mk

DAP usah meroyan lepas pernah sanjung ‘Bulan’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Terkini: Permohonan bantuan Laptop dan Tablet dibuka

Resepi Ayam Goreng Korea Super Rangup

Resepi bubur pedas Sarawak nang nyaman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker