Polis buru suspek conteng hina Nabi di pagar masjid

Polis buru suspek conteng hina Nabi di pagar masjid

Polis memburu suspek yang menconteng tembok Masjid Andalusia, Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani, dengan tulisan menghina nabi.

Ketua Polis Kuala Muda, Zaidy Che Hassan, berkata tiada tangkapan setakat ini.



“Kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan,” katanya.

Kejadian itu dipercayai berlaku Selasa lalu. Difahamkan, seorang pengawal keselamatan sebuah bangunan berhampiran ternampak seorang lelaki menconteng dengan tulisan menghina nabi di tembok masjid itu menggunakan cat merah.

Pihak pengurusan masjid yang enggan mengulas kejadian itu menyerahkan kepada polis untuk menyiasat.

Jemaah masjid, Mohd Hashim Ali, 53, yang menyifatkan tindakan individu terbabit kurang ajar dan keterlaluan berkata, insiden itu pertama kali berlaku di masjid terbabit.



Katanya, beliau mendapat tahu pengawal keselamatan itu sempat menegur suspek, yang kemudian bergegas meninggalkan tempat kejadian.

Menurutnya, penduduk setempat terkejut dengan insiden itu dan mahu suspek ditahan segera. FMT

Polis buru suspek conteng hina Nabi di pagar masjid

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]



Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker