Wanita akan bayar gaji bulanan kepada lelaki jika sudi jadi suami

Wanita Nigeria ini sanggup membayar secara bulanan kepada lelaki yang sanggup menjadi suaminya. – Foto Twitter

PARIS – Seorang wanita Nigeria berpangkalan di Perancis menggunakan media sosial untuk membuat pengumuman bahawa dia sanggup membayar sejumlah wang secara bulanan kepada lelaki yang sudi menjadi suaminya, lapor portal berita gistreel semalam.

Wanita Nigeria itu membuat pengumuman awam di akaun Twitter dengan mendedahkan bahawa dia kini sedang mencari seorang suami.

Menurut wanita yang namanya tidak didedahkan itu, dia memerlukan seorang lelaki untuk tinggal bersama kerana usia tidak lagi menyebelahinya.

Wanita yang kelihatan matang itu mendedahkan bahawa dia memiliki pelbagai hartanah di Nigeria dan Perancis sekali gus wang tidak lagi menjadi masalah untuk dirinya.

Sehubungan itu, dia akan membayar gaji bulanan kepada mana-mana lelaki yang sudi mengahwininya.

Dia berlutut dalam hujan untuk merayu bersungguh-sungguh agar ada lelaki menghantar mesej terus dan memberitahu niat mereka kepadanya. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker