Lelaki ditahan buat laporan polis palsu MyKad hilang

 

 

Gara-gara enggan membayar denda kehilangan kad pengenalan, seorang lelaki ditahan kerana sanggup membuat laporan polis palsu kononnya disamun, kelmarin.



Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak ketika dihubungi Kosmo!.

Ujarnya, lelaki berusia 20-an datang ke Balai Polis Ampang, pada mulanya ingin membuat laporan polis mendakwa menjadi mangsa samun.

“Bagaimanapun siasatan lanjut dijalankan Ketua Polis Balai Ampang, Inspektor Mohammad Fareez Izzuan Mohd. Fazel bersama sepasukan Task Force mendapati kejadian samun itu tidak terjadi.

“Suspek kemudian mengaku membuat laporan polis palsu kerana tidak mahu membayar denda kerana kehilangan kad pengenalan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selepas disoal siasat,” katanya.



Kes disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]



Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker