Pelabur minta Vida pulangkan wang mereka

Pelabur minta Vida pulangkan wang mereka

“Kami ada tanya di media sosialnya semasa dia buat ‘live’ berkenaan wang kami. Namun, kami dimarahi dan tidak dilayan. Paling dikesali apabila dia buat tidak tahu berkenaan wang kami.”

Ini antara keluhan sebahagian pelabur skim pelaburan mata wang kripto milik Datuk Seri Vida iaitu Lavida Coin (DSV Crypto Club, LUX Galaxies and VI Profit Galaxy).

Seramai 41 orang mangsa itu tidak mampu lagi bersabar dan bertindak mengemukan tuntutan kerugian berjumlah RM59 juta terhadap usahawan kosmetik berkenaan dalam satu sidang media, di sini, hari ini.

Mereka mendakwa, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman gagal memberikan keuntungan yang dijanjikan serta mengembalikan wang pelaburan yang dibuat sejak 2018.

Tambah memburukkan keadaan, Vida dan pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Diyla bertindak menyekat panggilan dan mesej WhatsApp.

“Mereka masing-masing buat tak tahu. Dia boleh derma dan sedekah tapi kenapa enggan pulangkan wang kami. Tolonglah, kami perlukan wang untuk meneruskan kehidupan. Sudah lima tahun kami menunggu tapi tiada apa yang ditunaikan malah semua kakitangannya mengelak untuk jawab mengenai pelaburan itu dan tidak tahu di mana Vida berada,” kata mereka.

Mereka turut memfailkan saman terhadap Vida di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersama tiga lagi rakan kongsinya yang menjalankan Lavida Coin.

Peguam yang mewakili semua plaintif iaitu Mohammad Izwan Azmi dari Tetuan Izwan Mazniza Kamil & Associates berkata, writ saman dan pernyataan tuntutan sudah diserahkan kepada Vida selaku defendan pertama pada 15 Disember tahun lalu di Empire Beauty DSV, Angsana Mall, Ipoh, Perak.

Pada Ogos 2018, mangsa membuat pindahan wang ke syarikat-syarikat milik Vida dan menurut representasi oleh pihak defendan iaitu Vida dan lain-lain mendakwa Lavida Coin adalah sah dari segi undang-undang, ada kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Bank Negara Malaysia dan agensi lain.

“Namun, pada 29 Ogos 2019, SC mengumumkan Lavida Coin dimasukkan ke dalam senarai amaran pelanggan agar tidak membuat pelaburan.

“Sehubungan itu, jika Vida gagal membuat bayaran kemungkinan tindakan akan diteruskan termasuk muflis selain rumah dan harta di sita,” katanya.

Izwan berkata, di antara pelabur-pelabur terbabit, ada yang memasukkan sekitar RM68,000 dan RM59,000 dan juga bukan sahaja sekitar Malaysia tetapi juga dari Singapura.

“Walaupun mereka berada di luar nelgara, menerusi promosi dan publisiti yang dibuat di media sosial membuatkan mereka tertarik untuk melabur.

“Namun selepas Vida beberapa kali berjanji untuk pemulangan dan gagal berbuat demikian, mereka akhirnya tampil memilih tindakan mahkamah,” katanya.

Dalam pada itu, Mohammad Izwan berkata, writ saman dan pernyataan tuntutan itu juga turut diiklankan di akhbar Berita Harian bertarikh 10 Februari lalu atas perintah mahkamah berikutan ia tidak dapat diserahkan kepada tiga lagi defendan-defendan yang lain.

Tiga lagi defendan yang dinamakan dalam tuntutan itu adalah Shuhada Ab Aziz, Mohd Kamarul Azmi dan Noordin Sahlam.

“Tarikh pengurusan kes juga ditetapkan mahkamah pada 4 November 2022, 17 November 2022, 19 November 2022, 4 Januari 2023, 18 Januari 2023, 14 Februari 2023 dan 27 Februari 2023 lalu.

“Bagaimanapun semua defendan gagal menghadirkan diri pada semua tarikh yang dinyatakan,” katanya.

Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 20 Mac ini untuk memaklumkan status kes terikini selain memfailkan permohonan taksiran kos oleh pihak mahkamah.

Mangsa-mangsa antaranya berkata, mereka membuat pelaburan itu kerana percaya dengan jenama milik Vida malah ada yang mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Seorang mangsa , Yuni Astuti Sutrisno, 42, mendakwa, dia melaburkan wang sebanyak RM61,380 bersama suaminya dan masih berharap agar mendapat kembali wang terbabit.

“Wang ini sangat besar nilainya kerana suami kini bergelar Orang Kurang Upaya (OKU). Saya perlukan wang itu balik. Saya harap ada jalan untuk mendapatkan kembali wang ini,” katanya. HM

Pelabur minta Vida pulangkan wang mereka

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker