Wanita hadir majlis perkahwinan bekas kekasih menangis sampai mata bengkak [VIDEO]

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang wanita menangis teresak-esak ketika menghadiri majlis perkahwinan bekas kekasihnya, lapor laman berita Liputan6 semalam.

Video yang dimuat naik dalam akaun Twitter @nkmthi_ itu berlatar belakangkan lagu kumpulan Armada bertajuk Harusnya Aku.

Ketika menyaksikan bekas kekasihnya berada di pelamin, wanita itu menangis sehingga matanya membengkak seperti baru sahaja ditumbuk.

Dia kelihatan ditenangkan oleh rakan-rakan yang hadir bersama ke majlis tersebut.

Rakaman itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Sebenarnya orang di sekeliling yang membuatkan kita menangis,  apabila dinasihatkan untuk bersabar, tangisan menjadi semakin kuat,” komen seorang netizen.

“Kenapa datang majlis kalau belum bersedia?” komen netizen lain. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker