Manusia ada malaikat penjaga, tapi mengapa masih ditimpa musibah?

Manusia ada malaikat penjaga, tapi mengapa masih ditimpa musibah?

Terdapat dua jenis malaikat yang akan sentiasa menjadi ‘pendamping’ manusia. Malaikat yang pertama adalah malaikat pencatat amalan baik dan buruk sepertimana disebut dalam firman Allah surah Qaf: 17 dan 18,

“Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya, yang satu duduk di sebelah kanannya dan yang satu lagi di sebelah kirinya.



“Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat yang sentiasa sedia (mencatatnya)”

Kemudian Malaikat Hafazah (penjaga). Malaikat penjaga ditugaskan untuk menjaga manusia dari perkara-perkara buruk seperti musibah, kecelakaan dan pelbagai lagi. Hal ini bertepatan dengan firman Allah surah Ar-Ra’d:11,

“Bagi setiap manusia ada malaikat-malaikat bertugas silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (daripada sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapa pun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan Nya itu, dan tidak ada sesiapa pun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain Dia”

Memetik tafsiran dari Ibnu Abbas berkaitan perkataan mu’qibat dalam ayat 11 yang membawa maksud sebagai malaikat yang menjaga manusia secara bergilir-gilir dari depan dan belakang. Malaikat ini menjaga manusia atas perintah Allah.



Tapi bagaimana pula dengan musibah dan kecelakaan yang masih menimpa manusia? Adakah malaikat penjaga ini cuai ketika menjalankan tugasnya?

Menjawab persoalan ini menurut Wan Muhammad Mior Ismail, Ahli Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (MUIS), tugas sebagai malaikat penjaga tertakluk kepada arahan dan perintah Allah. Mereka juga makhluk seperti manusia yang perlu tunduk dan patuh pada perintah Allah. Mereka ‘bekerja’ hanya dengan arahan Allah.

Oleh itu, sekiranya ditetapkan takdir seseorang ditimpa musibah atau kecelakaan, maka malaikat itu hanya menurut perintah untuk membiarkan sahaja musibah itu berlaku. Pada waktu itu malaikat penjaga tidak boleh menghalang dari takdir yang telah ditentukan.

Seperti juga saat manusia diambang sakaratul maut, malaikat penjaga tidak ada upaya untuk menghalang dari kuasa Allah memerintahkan malaikat Izrail mencabut nyawa manusia. Begitu juga jika seseorang terlepas takdirnya dari menerima musibah, boleh jadi kerana malaikat penjaga yang membantunya.



Katakan sepatutnya seseorang mengalami kemalangan yang dasyat, tetapi disebabkan adanya malaikat penjaga maka dia terlepas dari musibah yang besar. Kerana itulah dua jenis malaikat ini akan sentiasa mengikut manusia ke mana sahaja walaupun di tempat yang mempunyai anjing atau rumah yang ada berhala.

Benar, ada hadis yang menyebutkan,

“Malaikat tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan juga tidak memasuki rumah yang di dalamnya terdapat gambar (patung)” (HR Bukhari, Muslim, Ahmad, tirmizi, Nasa’I dan Ibnu Majah)

Namun malaikat yang dibahaskan oleh ulama dalam hadis di atas merujuk kepada malaikat rahmah, dan bukannya malaikat penjaga atau malaikat pencatat amal. Malaikat Rahmah inilah yang membawa ketenangan, rezeki dan kebahagiaan di dalam rumah.



Malaikat tidak selalu damping

Pun begitu timbul persoalan bagaimana pula dengan orang Islam yang masuk ke dalam rumah orang kafir yang mempunyai patung dan anjing? Adakah malaikat rahmah tidak menurunkan rahmah kepada individu muslim itu sendiri?

Dalam hal ini sebenarnya malaikat rahmah tidaklah sentiasa berdamping dengan manusia. Dan sebagai seorang manusia, kita semua juga tidak mengetahui masa dan tempat yang malaikat akan menurunkan rahmah. Oleh itu kita digalakkan untuk sentiasa berusaha ‘menjemput’ malaikat Rahmah ke dalam setiap rumah.

Adapun sesungguhnya yang tidak mendapat Rahmah itu adalah rumah tersebut. Sebabnya seperti hadis yang telah disebut, malaikat rahmah tidak akan masuk ke dalam rumah yang adanya anjing dan patung. Walaupun hadis itu merujuk kepada rumah dan bukannya manusia tetapi yang akan merasai kesan rahmah itu adalah manusia yang berada di dalam rumah tersebut.



Analogi paling mudah, sekiranya seorang muslim yang pergi ke rumah rakannya yang bukan muslim, si muslim itu mungkin tidak merasa tenang sepanjang berada di tempat itu kerana rumah itu tidak pernah dimasuki malaikat rahmah.

Dalam perbahasan Imam Qurthubi berkata,

“Telah terjadi khilaf di antara para ulama tentang sebab-sebabnya malaikat rahmat tidak memasuki rumah yang di dalamnya terdapat anjing. Sebahagian ulama mengatakan kerana anjing itu najis, yang lain mengatakan bahawa ada anjing yang diserupakan oleh syaitan, sedangkan yang lainnya mengatakan kerana di tubuh anjing melekat najis?”

Seperti yang sedia maklum Rasulullah sangat menitik beratkan soal ketenangan dan keberkatan di dalam rumah. Hal ini kerana dari suasana rumah tersebut dapat melahirkan sebuah keluarga yang harmoni. Oleh itu sentiasalah menjadi ciri-ciri rumah yang malaikat akan masuk seperti rumah yang sentiasa dihiasi dengan zikir kepada Allah. Sabda Rasulullah S.A.W :



“Tidaklah sekali-kali sebuah kaum duduk dengan berzikir kepada Allah kecuali mereka akan dikelilingi malaikat dan akan disirami rahmat dan akan turun kepada mereka ketenangan. Allah akan menyebutkan tentang mereka pada malaikat yang ada di sisi-Nya?” (HR Muslim).

Bukan hanya zikir malah malaikat juga akan sudi singgah di rumah yang melazimi bacaan al-Quran sebagaimana sabda Baginda s.a.w.

“Sesungguhnya rumah itu akan terasa luas bagi penghuninya, akan didatangi malaikat, dijauhi syaitan dan akan membanjir pula kebaikan ke dalamnya, jika dibacakan Al-Quran di dalamnya. Sebaliknya, rumah itu akan terasa sempit bagi penghuninya, akan dijauhi malaikat dan akan didatangi syaitan serta tidak akan banyak kebaikan di dalamnya, jika tidak dibacakan Al-Quran?” (HR Ad-Darimi). Wallahu a’lam

Manusia ada malaikat penjaga, tapi mengapa masih ditimpa musibah?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker