Lelaki selamba kebas wang dalam tabung ‘busker’

Lelaki itu mengambil wang daripada tabung tersebut dengan selamba sebelum berlalu pergi meninggalkan Kim Seng dalam keadaan terpinga-pinga

Sebuah klip video tular di media sosial Singapura memaparkan aksi selamba seorang pejalan kaki mencuri wang dari dalam  bekas sumbangan milik seorang seniman jalanan di Orchard Road, lapor portal berita Mothership semalam.

Video yang dikongsi di laman Instagram itu menunjukkan seniman jalanan, Chua Kim Seng, 78, sedang membuat persembahan tarian.

Seorang lelaki muda memakai baju berwarna biru dan fon kepala kemudian menghampiri tabung sumbangan wang milik Kim Seng.

Pada awalnya, Kim Seng menunjukkan isyarat bagus kerana menyangka lelaki berkenaan mahu memberikan tip kepadanya.



Namun, dia kemudian menyedari lelaki itu mengambil wang daripada tabung tersebut dengan selamba sebelum berlalu pergi meninggalkan Kim Seng dalam keadaan terpinga-pinga.

Seorang pejalan kaki lain yang melihat kejadian itu dilihat terkejut dan cuba memanggil lelaki yang mencuri wang tersebut.

Tidak dijelaskan sama ada lelaki tersebut berjaya diberkas  atau sebaliknya.

Seorang penonton kemudian memberikan wang kepada Kim Seng yang membuatkan warga emas itu menyambung semula tariannya. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pulanglah ke pangkal jalan Sol – Ibu

Sudah terlambat Sol – Puteri Sarah



Syamsul Saja Nak ‘Torture’ Mental Puteri Sarah?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker