Jatuh air mata ‘jantan’ Chong Wei kerana Mew Choo

Jatuh air mata ‘jantan’ Chong Wei kerana Mew Choo

Di sebalik kejayaan seorang lelaki, ada wanita di belakangnya yang sentiasa memberi sokongan tanpa berbelah bahagi.

Itu yang cuba disampaikan bekas legenda badminton, Datuk Lee Chong Wei dalam hantaran terkininya di Facebook yang memuatnaik satu video penghargaan kepada isterinya, Datin Wong Mew Choo atas segala sumbangan yang diberikan bersempena hari wanita sedunia hari ini.

Dalam video yang dirakam individu yang tidak dikenali itu, Mew Choo nyata tidak dapat menahan diri dari mengalirkan air mata selepas mendengar kisah jerih perih dilalui Chong Wei sepanjang kariernya bergelar seorang pemain ketika majlis pelancaran patung lilin bekas pemain perseorangan nombor satu dunia itu minggu lalu.

Menurut Chong Wei, dia nyata luluh apabila melihat video itu sambil turut mengakui mengalirkan air mata selain amat bersyukur atas kehadiran Mew Choo dalam hidupnya.

“Ada seseorang individu secara rahsia merakam video ini (Mew Choo sedang menangis) dan menghantarnya kepada saya. Ketika itu saya sedang berkongsi berkenaan detik paling sukar dalam hidup saya.

“Saya melihat video berkenaan dan tiba-tiba hati saya luluh dan menangis. Apa lagi yang saya perlukan dalam hidup ini apabila saya memiliki wanita ini.

“Terima kasih Mew Choo dan saya adalah lelaki paling bertuah di dunia ini. Sayang kamu 10,00 tahun. Kepada semua wanita di luar sana selamat hari wanita sedunia,” katanya

Dalam hantaran berkenaan, Chong Wei turut memuji tingkah laku anak keduanya Terrance yang menenangkan ibunya sambil secara berseloroh bertanyakan di mana anak sulungnya, Kingston ketika itu. HM

Jatuh air mata ‘jantan’ Chong Wei kerana Mew Choo

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Musa Hassan beri amaran jangan masuk campur urusan keluarga [VIDEO]

Logo rahsia beruang pada coklat Toblerone

Didakwa gigit ‘kemaluan wanita’, anak billionair dipanggil polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker