Beli 7 cincin emas hanya guna duit syiling

Sebuah klip video tular di media sosial Thailand memaparkan situasi seorang pelanggan wanita mengunjungi sebuah kedai emas dengan membawa wang syiling, lapor laman berita Khaosod.

Pemilik kedai emas yang terletak di wilayah Maha Sarakham, Tangmo Konkrakkwai berkata, seorang pelanggan menghubunginya pada 26 Februari lalu dan bertanya sama ada kedai itu menerima duit syiling jika dia ingin membeli emas.

Tangmo menjawab bahawa pihaknya menerima pembayaran melalui syiling tetapi tidak menyangka ia adalah menjadi sebanyak itu.

Apabila melihat seorang pelanggan datang membawa bakul biru besar yang dipenuhi wang syiling, Tangmo terkejut dan meminta izin untuk merakam kejadian itu.

Pelanggan itu berkata, dia berasal dari bandar Roi Et dan merupakan pemilik sebuah kedai dobi automatik. Oleh itu, dia mempunyai banyak wang syiling.

Tangmo kemudian meminta lima pekerjanya untuk mengira syiling tersebut dan tidak mengenakan bayaran untuk tugas pengiraan.

Pelanggan itu kemudian membeli tujuh bentuk cincin emas dan menerima diskaun selain hadiah sagu hati berupa topi. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Musa Hassan beri amaran jangan masuk campur urusan keluarga [VIDEO]

Logo rahsia beruang pada coklat Toblerone

Didakwa gigit ‘kemaluan wanita’, anak billionair dipanggil polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker