Apa dah jadi dengan UMNO? – Hishammuddin
Apa dah jadi dengan UMNO? – Hishammuddin
Isu usul dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertanding pada pemilihan kali ini semakin menjadi polemik dan terus dipersoal oleh pemimpin.
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, mempersoal apa yang sedang berlaku kepada UMNO selepas didakwa mengheret Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ke dalam polemik terbabit.
“Apa dah jadi dengan UMNO? Sekarang diheret pula Menteri KDN (Kementerian Dalam Negeri).
“Inilah sebab kita dipecat dan digantung, ‘just in case’ menteri tak bagi pengecualian,” katanya di ruangan komen ciapan Twitter oleh bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Hishammuddin kini digantung keahlian UMNO selama enam tahun, manakala Khairy pula dipecat daripada parti itu pada Januari lalu.
Polemik membabitkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertanding bermula selepas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 meluluskan usul tambahan yang didakwa tidak mengikut prosedur.
Susulan itu, pada 20 Januari lalu, dua ahli UMNO memfailkan notis bantahan kepada RoS berhubung ketetapan PAU 2022 untuk tidak mempertanding dua jawatan itu yang didakwa tidak sah dan bercanggah dengan perlembagaan parti.
Bagaimanapun, Saifuddin Nasution dalam satu kenyataan memaklumkan, KDN memberi pengecualian kepada UMNO daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966, berhubung keputusan usul tambahan tidak mempertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti tahun ini.
Keputusan itu diberi mengikut Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 yang memperuntuk menteri boleh menggunakan budi bicaranya untuk mengecualikan mana-mana pertubuhan berdaftar daripada semua atau mana-mana peruntukan dalam Akta Pertubuhan 1966.
Seksyen 13(1)(c)(iv) akta berkenaan pula memperuntuk pendaftar boleh membatalkan pendaftaran mana-mana pertubuhan berdaftar yang didapati melanggar secara sengaja mana-mana peruntukan atau peraturan dalam akta itu. BH
Apa dah jadi dengan UMNO? – Hishammuddin
Baca Artikel Menarik:
- Mahu berunding atau bermusuh, Anwar tanya pembangkang
- Wetland Studios Putrajaya dibuka 1 Mei
- Tanah Suci bukan tempat iklan bisnes
- 70% aset, dana 1MDB diperoleh semula
- Petaling Street digempur 4 agensi
- Pukul Isteri Hingga Lebam Kerana Tegur Marah Anak
- Moderator TikTok Bakal Didakwa Dera Monyet Sampai Mati
- Jangan serang kami, Anwar beritahu Hadi
- Keputusan JPPM ‘tamparan’ buat kem anti-Zahid
- JDT mengamuk seperti Liverpool, belasah N Sembilan 7-0
- Saya maafkan menantu walaupun dua nyawa jadi korban
- Projek Musang King: Orang Asli dakwa dihalau kelaur dari tanah adat
- Guan Eng dedah diugut Mahathir 3 kali untuk dipecat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Syamsul enggan cerai Puteri Sarah
You must be logged in to post a comment.