Ceramah Ustaz Wadi, JAIS kesal pihak timbulkan persepsi buruk

Ceramah Ustaz Wadi, JAIS kesal pihak timbulkan persepsi buruk

Shah Alam: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kesal dengan tindakan individu dan pihak-pihak tertentu yang membuat hantaran kurang tepat berhubung pembatalan ceramah Ustaz Wadi Annuar di negeri berkenaan.

Pengarahnya Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, susulan hantaran di Facebook penceramah tersebut pada 5 Mac lalu, terdapat segelintir pihak membuat komen yang mewujudkan persepsi tidak baik terhadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, pihak berkuasa agama Islam dan kerajaan negeri.

“JAIS ingin menegaskan nasihat yang diberikan kepada pihak penganjur bagi sesi ceramah Ustaz Wadi Annuar adalah selaras dengan ketetapan Seksyen 118, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2016.

“Enakmen berkenaan menetapkan hanya Jawatankuasa Tauliah yang mempunyai bidang kuasa memberikan tauliah bagi maksud pengajaran agama Islam atau apa-apa perkara tentang agama Islam di Selangor,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan dua ceramah agama oleh pendakwah bebas tersebut yang dijadual diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam dan Padang Astaka Tanjong Karang pada 10 dan 11 Mac depan dibatalkan.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan penceramah Ustaz Muhammad Wadi Annuar tiada tauliah mengajar agama Islam di Selangor.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, JAIS menegaskan nasihat yang diberikan kepada pihak penganjur bagi sesi ceramah Ustaz Muhammad Wadi Annuar yang dijadualkan pada 10 dan 11 Mac adalah selaras dengan ketetapan berkenaan.

“Menurut Seksyen 118, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2016 yang menetapkan hanya Jawatankuasa Tauliah yang mempunyai bidang kuasa memberikan tauliah bagi maksud pengajaran agama Islam atau apa-apa perkara mengenai agama Islam di Selangor.

“Semakan yang dibuat oleh pihak JAIS juga mendapati Ustaz Muhammad Wadi Annuar tidak mempunyai tauliah mengajar agama Islam di Selangor,” katanya. HM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ceramah Ustaz Wadi Annuar pula dibatalkan di Selangor

Rasa Macam Nak Bagi Penampar, Awie Naik Angin

Tetamu tidak hadir majlis perkahwinan, Pengantin rugi RM121,000

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker